Pages


Oct 2, 2008

Raya day...........

Gambar -gambar masa pagi raya
Rumahku syurgaku


Bersama2 atuk,uwan,pakcik2 n sepupu2


Mak n ayah

Bersama2 sepupu2

My family


Letih rasanya semalam dan hari nih..pergi berhari raya....raya kt kg mmg meriah.....kebetulan thn nih pakcik2 balik kg beraya..so..mmg ramailah...tapi dua org adik x dpt balik beraya..sorang di Terengganu dan seorg lagi di Aukland, NZ.....Tapi apa2pun dengan dunia yang canggih skrg x ada masalah.....petang raya semalam sempat vc dengan adik di NZ.......eheheheh....... lepas bersalam2an....berposing sakan dengan sepupu semua then baru pergi berhari raya umah saudara2 semua.........tapi besok dah start keje balik...maklumlah x dpt cuti.......x kisahlah...janji dah beraya semalam n hari nih....buat adik di NZ.....Selamat hari raya.......alah....next month nak balik dah pon..hehehehe....







Sep 30, 2008

Jalan2 shopping.....

Semalam satu hari pergi bershopping di Kajang n Bangi.Kalau ikutkan baju raya n segala persiapan dah disediakan, tapi sajer jer nak rasa kehangatan hari raya dengan shopping di saat2 akhir...ehehheh.......Mulanya nak masuk Kajang tapi aduhhh......jem giler...terpaksa letak keta kt opis then menapak g Plaza Metro......sampai di Plaza Metro....ramainya orang membeli belah......terutamanya kedai emas..sumer nak beli emas raya lah katakan. Time2 raya nih ..tokey emas mmg kaya lah kan..hehehehe....nak keluar duit pon terpaksa beratur
panjang.........sambil2 jalan2 tuh..carik2 handbag Guess....kot2 la ada lagik..alamak.....dah habis..terasa rugi plak tak beli last week....cari2 punyer carik akhirnya jumpa dengan beg yang berkenan di hati.....apa lagik...sambar ajerlah.......eheheh.......dah boring kat Plaza Metro, then aku dengan kawan aku pergi plak ke Kompleks PKNS....ramai jugak orang......tapi sempat lagi beli kasut sukan n t-shirt ragbi (beli sepasang :) ).siap pakai sepasang lagi lepas tuh....ehhehh....rasanya tahun nih mmg pulun sakan shopping...almaklumlah....dapat gaji sekali dengan bonus...nama pun setahun sekali kan...ehhehe.......okay..selamat hari raya!!!!!
Ambil gambar lepas penat bershopping.....


Sep 26, 2008

Selamat Hari Raya

Hari ni last bekerja sebelum cuti hari raya.....semua di office dah berada di dalam mood beraya..nak kerja pon dah malas......x sabar2 nak bercuti.....apa2 pun tahun ni boleh dikatakan tahun yang menyeronokkan untuk aku berhari raya......byk perkara jadi sebelum2 ni dan tahun ni rasa mcm segala dugaan yang bertimpa beransur hilang......syukur alhamdulillah kepada Allah....sesungguhnya setiap yang terjadi ada hikmah yang kita akan nampak selepasnya.....mmg byk dugaan bertimpa2 pada aku selama ini...kadang2 aku hampir putus asa dan harap...tapi sekarang semuanya alhamdulillah..........Allah itu mmg Maha Adil......diturunkan dugaan tapi akhirnya di akhiri dengan kegembiraan.......
Sempena hari raya yang menjelang tiba, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua..dan semoga aidilfitri di sambut dengan kegembiraan dan penuh keberkatan.......

Aug 22, 2008

Berposing sebelum raya

Inilah antara aksi student luar negeri sebelum raya..hehehe..sebenarnyer itu my sister yg sedang belajar di Auckland, New Zealand...Dia komplen, dlm blog ni x der gambar dia...ha..dah masukkan pon....Itu gambar dia n the geng untuk dimasukkan dlm salam perantauan.........terpaksalah carik baju raya dia kt Malaysia sebab dia nak sambut raya kt sana....apa2 pun selamat belajar kt sana n c u bulan 11 nanti......balik nanti jgn lupa bwk ole2 New Zealand..:)


Aug 20, 2008

Coretan percutian........

Tgh berposing sbb x jadi mandi...panas terik
Sedang menjamu selera dengan family

Minggu lepas aku n family telah pun pergi bercuti ke Terengganu sempena cuti sekolah.....selain pergi melawat adik di sana, sempatlah jugak pergi ke Cherating....cuma 20 minit dari rumah adik........dah lama tak bercuti rasa cam seronok plak........dan dah lama jugak tak mandi laut.....cuti sekolah yang lepas x berpeluang sebab masuk hospital........banyaknyer bas2 sekolah dan persiaran kat cherating ni..maklumlah...cuti sekolah ni lah masa untuk bercuti....dalam seronok2 sampai di Cherating ni, tiba2 terpandang tandas awam yang di sediakan.....sedihnyer tgk keadaan tandas awam tuh......kotor dan rasanyer tak sanggup nak masuk.....n nampak seorang pelancong berbangsa cina yang terpaksa menekup mulut dan hidung kerana bau dan keadaan yang amat tidak menyenangkan......sepatutnyer tempat2 awam di tempat2 pelancongan ni perlulah berada di dalam keadaan yang bersih..barulah pelancong luar dan dalam negara rasa selesa walaupun tak semua tempat pelancongan mempunyai keadaan tandas yang kotor. Siapa yang bertanggungjawab....tepuk dada tanya selera...... dan ini ada lagi satu perkara yang pada aku cukup menarik untuk dikongsi.......semasa kami sekeluarga tengah sibuk menjamu selesa di tepi pantai Cherating..tiba2 terpandang satu bendera negara New Zealand kalau tak silap aku.......di gantung di atas pokok tempat kami berteduh




......heran jugak....tiba2 ada bendera negara lain megah berkibar di tempat kami berteduh.......ramai yang pelik bendera negara lain ada di situ.....rupa2nya..bendera itu adalah kepunyaan salah seorang peniaga gelang di situ yang berbangsa New Zealand dan isterinya berbangsa Jepun......apa yang boleh di katakan di sini ialah betapa lelaki tersebut berbanggga dengan negaranya walaupun dia jauh beribu batu dengan negaranya dan bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke -51 ni.....berbanggalah kita dengan negara kita sendiri MALAYSIA yang aman dan damai walau di mana kita berada.......

Aug 15, 2008

Peperiksaan PTD...

Cuti sekolah dah pun mula...x ada apa2 yg menarik untuk aku sepanjang cuti sekolah nih....cuma aku sekeluarga akan becuti di Terengganu melawat adik lelaki aku di sana...rasa mcm nak lepas geram bercuti sebab masa cuti sekolah yang lepas aku x berpeluang bercuti bersama keluarga kerana aku dimasukkan ke hospital dan menanti masa untuk pembedahan..ehheh..apa2 pun sekarang aku dah pun beransur pulih selepas hampir 2 bulan menjalani pembedahan......okay..itu nanti aku citer detail.....yang aku nak kongsi sekarang cuma, aku bakal menduduki peperiksaan untuk PTD....apa yang aku nak study aku pon x tau...baru jer lepas exam untuk PTK ....nak study balik untuk exam PTD pada 23 Ogos 2008 (Sabtu)....apa2 pun...aku akan cuba yang terbaik....sekarang pun tgh study cikit2.......

Aug 6, 2008

8 Petanda Dia Adalah Jodoh (Soulmate) Kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu,dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Nasihat al-Qamah: 5 cara pilih sahabat

Nasihat al-Qamah: 5 cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanan pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu...dan meminta maaf darimu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

~~Buat sahabat-sahabatku(....terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kegembiraanku, kesedihanku dan hidup....~~

Dugaan ......

Salam sumer...rasanye dah lama x jenguk2 blog ni...maklumlah...sibuk sikit dgn nak exam PTK semalam dan sebagainya......sekarang dah kurang busy..cuma ptg nanti ada satu lagi meeting.....meeting lagi.........letih rasanya.......tp sempat lagik amik peluang jenguk2 blog ni.....Hari ni tak ada yg menarik untuk diceritakan.....life macam biasa......cuma kadang2 terfikir kenapa dalam dunia ada org yang tak suka dengan kejayaan orang lain.......sepatutnya kejayaan orang lain adalah pemangkin untuk kita terus berjaya.....tapi itulah kehidupan yang sebenarnya..lagi lama pengalaman hidup kita lagi banyak yang kita pelajari....dan dugaan dalam hidup adalah resepi untuk kita berjaya.......apa2 pun...hidup perlu diteruskan....baik atau buruk kita harus hadapi dengan tenang..setenang2nya.......dugaan dan cabaran itulah yang membuatkan kita terus kuat.......aku juga mengharapkan dugaan yang bersilih ganti hadir dalam hidupku memberiku lebih kekuatan yang kadang kala buat ku hampir jatuh......

Jul 29, 2008

~Kenapa aku diduga,diuji~

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200) "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)

Jul 25, 2008

PTK ....................

Next week nak exam PTK...aduhhh.....x ready apa2 lagi ni.......bila tgk sukatan peperiksaan PTK ni kt JPA 2 minggu lepas.....byknyer..........dari minggu lepas asyik mencari contoh2 soalan PTK. Maklumlah ini first time nak ambil PTK.Dengar citer dari kawan2 yang dah ambil PTK, ramai yang cakap susah....apa2 pun...kena try jugakla kan..mana tau..lulus plak ker....ni sesajer masuk blog kejap sbb letih dah membaca buku2 nak exam ni....harap2 lulus la.....malas nak ambil lagi sekali...aku bukan jenis yg rajin membaca.............

Jul 23, 2008

Aku dan Dirimu .............


Aku dan Dirimu (Ari lasso ft.Bunga Citra Lestari)

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap
sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

duhai cintaku, sayangku,
lepaskanlah perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian
jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batasan
antara kau dan aku, kita

Jul 22, 2008

hi.....hi...hi....

Assalamualaikum.....punyalah lama create blog ni..baru hari nih berkesempatan nak tulis2...actually aku ni bukan gemar sangat nak menulis2 dlm blog nie..hehehe...tapi mcm boring lak tadi.....tetiba terpikir dah create blog berbulan2 lepas tapi x pernah tulis apa2........yelah...mana nak sempat.....kadang2 meeting, kursus lah.....nak online kat umah malas ler plak.......dah balik umah...penat.....kalau penat alamatnyer tidur ajer lah......hari ni sehari suntuk tak buat apa2....dari pagi ada perhimpunan pagi then sambung dengan taklimat, petang plak ada meeting............sementara nak balik ni...baca2 email sat........ Ermm....tetiba rindu kt my best fren.....nor..... yelah..dulu asal balik keje jer.....kitaorg berempat mesti pergi lepak2 makan.....oppss......ada lagi 2 org best fren....yatie n ros...very close frens........arrhhhgg...rindu saat2 makan2, gelak2.........saat tu dah x ada dah..sbb dah kurang sorang ahli.......apa2 pun untuk nor...akak doakan nor berjaya di luar sana k.....rindu sangat........ okaylah........malas nak tulis bebanyak lagik..........sambung besok ajer lah..itu pon kalau rajin....hehehe........