Pages


Jun 21, 2010

Piala Dunia telah bermula...


Sepertimana yang kita semua tahu, Piala Dunia 2010 dah pun bermula pada 11 Jun 2010 yang lepas. Sana sini orang bercerita tentang piala dunia. Dari rumah, kedai kopi, sekolah sampailah ke pejabat topik utama adalah bola...bola..bola....makan bola, tidur bola....semua bola...yang tak pernah tahu apa itu Piala Dunia pun akan tahu......Nak tak nak terpaksa ambil tahu sebab orang keliling akan bercerita tentang Piala Dunia....Walaupun pasukan Malaysia tidak tersenarai dalam pasukan yang bertanding tetapi meriahnya tetap ada.....yang pasti kedai mamak adalah destinasi utama untuk menonton Piala Dunia...bukannya di rumah tak ada tv...sebesar2 tv pun ada....semua rumah ada Astro tetapi meriahnya duduk di kedai mamak tu lagi terasa......tak kiralah siapa yang gol...yang pasti nak tengok bola masuk gol dan "GOLLLLLLLLL"......senario biasa ketika menonton bola.......bercerita tentang WC nih.....aku dan hubby pun tak terkecuali terkena tempiasnya....sanggup melepak di kedai mamak nak tengok WC punya pasal........apa2 pun.....WC hanya datang 4 tahun sekali........selagi tidak mengganggu kerja harian sudahlah....

p/s:...pernah terbaca di akhbar...."perhatian untuk bos2....musim WC ni jangan percaya dengan MC staf...."......tepuk dada tanya selera......


Jun 8, 2010

Menjelang ke Bagan Lalang



Masih di office. Menyiapkan kerja-kerja sebelum menghadiri Bengkel Pengwujudan Jawatan Baru di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang esok. Aku akan berada di sana selama 3 hari bermula esok. Bengkel ini akan dihadiri semua ketua jabatan, bahagian dan unit bagi membincangkan berkaitan pengwujudan jawatan baru. Dah sehari suntuk mengadap komputer, terasa letih pulak. Okaylah...nak balik dulu.....my hubby dah sampai.....akan di update lagi okay...bye....

Jun 7, 2010

Jemputan Kahwin dan Bagan Lalang

Minggu ni dah mula dapat jemputan-jemputan kahwin dari kawan-kawan dan saudara mara. Tak tau mana satu nak pergi. Semuanya serentak. Kalau jemputan yang serentak ni, jemputan yang dekat jadi keutamaan. Bercerita berkaitan jemputan kahwin ni, Sabtu dan Ahad yang lepas aku menghadiri beberapa jemputan kahwin. Adalah lebih kurang 5 jemputan kahwin. Agak penat tapi untuk tidak menghampakan tuan rumah yang menjemput, datang jugaklah walaupun sekejap. :). Kalau kita datang kenduri kahwin sekarang, memang dah menjadi trend bekalkan tetamu dengan Door Gift. Kalau dulu, bagi bunga telur jer. Sekarang dah pelbagai, sabun, kuih, kipas, tuala, cupcakes, coklat dan sebagainya. Ada juga yang memberi 'goody bag' dan di isi dengan pelbagai barang. Kalau diikutkan,kos sebiji cupcake atau mufin, 80 sen hingga RM1 sudah jauh melebihi harga sebiji telur 30 atau 35 sen. ‘Goody bag’, menjangkau RM5 untuk satu. Ada juga yang boleh didapati dengan harga RM1.50 setiap satu. Belum dikira kalau ada beg yang ditempah khas. Jika seribu??? Untuk mereka yang berbajet tinggi, tidak menjadi masalah..Tetapi untuk yang berbajet rendah@ sederhana? Makin bertambahlah bajet untuk kenduri kahwin.

Sebenarnya alasan untuk tidak memberi bunga telur adalah kerana telur dan bekas telur mahal, telur yang direbus mungkin tidak tahan lama dan mudah pecah. Pemberian telur juga dikatakan tidak trendy ataupun ‘up-to-date’. Apa-apa pun, nak tak nak, trend ini kita akan ikut juga trend selari dengan perkembangan semasa. Terpulanglah kepada pasangan pengantin sama ada untuk mengikut arus perkembangan semasa @ meneruskan tradisi nenek moyang kita. Tiada sebarang paksaan asalkan memori indah perkahwinan itu akan diingati buat selamanya-lamanya. Pernah pada masa menguruskan majlis perkahwinan aku tahun lepas, emak merungut " lepas ni kalau kahwin jiela beli bunga telur jer lah..tak payah nak pikir beli beg"...Rasa-rasanya 15 tahun akan datang,adakah trend pemberian door gift ni masih diteruskan?..Just wait n c....:). Tak berani untuk meramalkan apa yang akan terjadi di masa akan datang.

Lepas menghadiri kenduri kahwin Ahad lepas, aku dan hubby pergi melencong ke Bagan Lalang. Teringin nak makan ikan bakar dah lama dah. Baru semalam dapat makan. Gambar tak sempat nak ambil, dah lapar sangat. . Paling best semalam ada sepasang pengantin yang masih berpakaian pengantin (baju melayu dan kebaya) bersama kawan2 makan bersama ikan bakar....amboii.....lepas sanding terus makan ikan bakar yee...ehheheBest.. Apa2 pun,mmg best...makan sampai tak ingat dunia..dan tak tengok orang keliling...dan akibatnya, sampai rumah terus terlena sampai ke pagi :).......

* Kepada semua pengantin baru dan yang 'ala2 pengantin baru', SELAMAT PENGANTIN BARU dan selamat menempuh alam baru yang tak mungkin kita dapat masa di alam bercinta.

Jun 3, 2010

Shrek Forever After


We watched the movie "Shrek Forever After" last night ( Jusco, Balakong) and, frankly the previous shrek movies was better than Shrek Forever After. Anyway, it's still got a few funny parts too it.

Scale of 1 to 10 : 5

Synopsis



Just before Princess Fiona was rescued in the first Shrek movie, King Harold and Queen Lillian wanted to make a deal with Rumpelstiltskin. If he would take the curse from Princess Fiona in exchange he would become the new king of Far, Far Away, but because Fiona was rescued by other means, the deal wasn’t valid and the King declined it.

Meanwhile, Shrek has become fed up with his fame and the villagers not treating him like a real ogre. Rumpelstiltskin, aware of this meets with Shrek and offers him a day of being feared by the villagers in exchange for a day from his youth. Shrek complies and gets the day he wished for.

He is soon captured and taken to Rumpelstiltskin, who is now King of Far, Far Away.

Using the day he stole from Shrek’s childhood, Rumpelstiltskin became King and enslaved the ogres.

Since Shrek was never born he will disappear from history in the following 24 hours.

* See more about SHREK @ http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Shrek_characters*