Pages


Nov 29, 2010

WAFY RICH SHOP....

WAFY RICH SHOP......sekadar mempromosikan blog seorang kenalan lama (semasa bekerja di Cosmopoint)...perniagaan yang dijalankan lebih menyediakan perkhidmatan grafik, membekalkan cenderahati seperti minyak wangi, alatulis, pakaian, makanan dan minuman. Kepada yang berminat bolehlah terus menghubungi Hairolizam di talian 012 6559341 . Kepada Hairol, good luck okay. Semoga berjaya dalam bisness yang diceburi.

Sekiranya berminat sila layari blog tersebut di
http://eightsouvenirs.blogspot.com

Nov 14, 2010

Single? Kami juga ada naluri...

Single? Kami juga ada naluri... sebenarnya aku cukup tertarik dengan tajuk dalam ruangan EH!kata wanita dalam majalah EH....walaupun aku tidak lagi memegang status SINGLE sejak setahun yang lepas....tapi aku amat memahami perasaan wanita2 di luar sana yang masih memegang status yang amat ditakuti jika usia susah melewati 30 tahun kerana aku juga pernah melaluinya selama 30 tahun!!....kadang2 orang di luar sana hanya sedap mulut bercakap tanpa memikirkan perasaan orang yang melaluinya...bukannya mereka tidak mencari tetapi belum sampai jodohnya....soal jodoh semuanya di tangan tuhan...untung nasib si A dan si B takkan sama walaupun adik beradik sekalipun!!...cubalah fahami perasaan orang yang melaluinya bukannya menambahkan tekanan pada mereka. Tidak hairanlah kalau ada yang sanggup untuk tidak pulang ke kampung kerana tidak sanggup mendengar umpat keji dan sindiran saudara mara dan sahabat handai. Janganlah dipandang hina pada mereka hanya kerana tidak bertemu jodoh, mungkin jodohnya lambat tidak bermakna mereka tidak berusaha. Tapi itulah orang kita....bila belum bertemu jodoh, ditanya bila nak kawin, bila dah kawin bila nak tambah ahli keluarga, bila dah ada seorang, ditanya pula bila nak ada teman yang sulung, bila anak dah besar bila pulak nak menantu dan bila pulak nak bercucu....tak ada keje lain ke selain nak menjaga tepi kain orang sahaja. Ya, mungkin kita bernasib baik kerana dapat apa yang kita nak, dan dapat apa yang orang lain tak dapat, tapi tuhan itu maha adil, mungkin anak cucu kita pula menerima nasib yang sama dengan orang yang kita kata itu. siapa tahu bukan?....semuanya kerja tuhan......kalaulah mencari jodoh itu sesenang membeli ikan di pasar, sudah pasti tiada masalah bukan......yang pasti biarkan mereka bahagia dengan cara hidup mereka selagi tidak mengganggu orang lain...mereka juga berhak untuk hidup bahagia dan tenang walaupun belum menemui cinta hati masing-masing.....Aku masih mempunyai teman-teman yang masih bersendirian namun amat kagum kerana berjaya mengharungi sindiran orang sekeliling dan amat mengagumkan lagi mereka ini amat berjaya dan tidak menyusahkan sesiapa pun cuma rezeki jodoh sahaja yang agak lambat....kepada teman-temanku, masanya akan tiba..usah peduli suara-suara sumbang disekeliling ...yang penting kita happy dengan cara kita....tak semestinya orang yang terlalu mempamerkan kebahagian kepada orang lain itu bahagia di dalamnya.....cukuplah hanya kita sahaja yang tahu betapa bahagianya kita....

Nov 5, 2010

F44

Alhamdulillah, akhirnya selepas beberapa tahun menunggu, pada 2 November 2010 aku telah menerima surat dari pentadbiran menyatakan kenaikan pangkat daripada F41 ke F44 berkuatkuasa pada 1 November 2010. Sebelum naik pangkat ni, mcm2 dugaan jugak dilalui :).....tapi akhirnya sampai juga ke destinasi....sama ada cepat atau lambat....kalau dah rezeki, akan dapat juga. Cuma ada nasihat kepada sesiapa yang berkenaan....jangan cuba menyekat rezeki orang lain, kalau tidak terjadi kepada kita..mungkin anak cucu kita pula yang akan rasa. :)