Pages


Jan 26, 2011

Poise Shoppaholic Craze Contest www.poise.my






Rebutlah peluang memenangi sebuah Beg Tangan Paris Hilton Saint Tropez Gold Edition bernilai Rm599 dengan percuma.
Hanya belanja Rm100 dan anda layak menyertainya.

Peraduan bermula dari 1 Febuari 2011 – 15 Mac 2011
* Tertakluk kepada terma & syarat

Stand a chance to win a Paris Hilton Saint Tropez Gold Edition Handbag worth Rm599 with every purchase of Rm100.

Contest start from 1st February 2011 – 15th March 2011
* Terms & condition apply


SUNGGUH MUDAH UNTUK MENANG!IT’S SO EASY TO WIN!

Belanja minimum Rm100 dalam satu (1) resit di Poise house of Ladies Boutique.
Spend a minimum of Rm100 on a single receipt at Poise House of Ladies Boutique.

Lengkapkan butiran peribadi diri di dalam borang penyertaan.
Fill in your details in the entry form.

Lengkapkan nombor resit dan hantarkan ke Poise House of Ladies Boutique
Fill in the receipt number and drop it off at Poise House of Ladies.

TERMA & SYARAT
Borang fotostat juga diterma.

TERMS & CONDITION
Photocopied form is acceptable.

Jan 5, 2011

Piala AFF Suzuki ~Hadiah Berharga Tahun 2010

Belum terlewat rasanya nak mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan bolasepak negara di atas kejayaan menjulang menjulang piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara,Piala AFF Suzuki .Kejayaan pasukan bolasepak ini masih hangat diperkatakan di dada-dada akhbar, media elektronik dan di meja-meja kopi. Kejayaan ini secara tidak langsung bukan sahaja menjulang nama Malaysia bahkan pemain-pemain juga terkena tempiasnya. Nama-nama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat dan jurulatih K.Rajagobal mula meniti di bibir peminat. Belum cerita dapat habuan daripada negeri masing-masing lagi. Memang berubah cara hidup mereka selepas ini. Cuma ada satu je nasihat kepada semua pemain, JANGAN TERLALU LEKA. Masih banyak perjuangan yang perlu diselesaikan terutama menjelang Olimpik di Londan 2012. Tertarik dengan dengan satu komen Awie Wings dalam murai.com.my: "Harapan saya selepas ini para pemain tak akan poyo atau nak mengejar glamor. Lupakan niat nak kahwin dengan artis tapi kalau dah jodoh tak boleh buat apalah". Memang komen yang bernas dan ada benarnya. Lepas ni ada lah sesi fotografi dalam mana-mana majalah hiburan antara artis dengan pemain bola lepas tu bercinta.....harap2 pemain kali ni tak ada yang terjebak bagi mengelak persepsi yang tidak elok. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Jan 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011.....tahun 2010 telah melabuhkan tirainya meninggalkan kita dengan suka dan duka....tahun 2011 pula bakal ditempuh dengan pelbagai dugaan yang kita tak tahu apa lagi.....kalau cerita pasal tahun baru ni tak sah lah kan kalau tak cerita azam tahun baru kan.....azam tahun 2010 ada yang tercapai dan ada yang tidak....adatlah kan...kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Tahun 2011 ni azam tahun baru aku ialah nak berjaya dalam kerjaya...(macam biasa je kan azam ni...hihihi...).....dah itu azam aku nak buat camner kan....nak berjaya dalam kerjaya dan business...insya allah.....lain-lain.....ermm.....tak boleh nak pikir lagi lah.....rasanya tak nak stress dengan keja....keje kalau dipikirkan memang tak akan habis.....kena bagi masa pada diri sendiri kan..... buat seperti yang dirancang....tahun ni nak relaks kepala ..pergi bercuti selalu.......honeymoon lah kan....okaylah....baru masuk kerja hari ni....banyak fail dan surat bertimbun atas meja.....kita jumpa lain kali....bye...