Pages


Apr 21, 2010

Template blog telah berubah!!!


Kini, blog telah kembali dengan template yang baru! Macammana? Okay tak?.. Hanya sekadar percubaan untuk menukar template supaya tidak rasa bosan dengan template yang lama. Lagipun kalau dilihat pada tarikh terakhir posting, sudah agak lama tidak berblog. Malas, busy, x ada idea dan sebagainya mmg alasan yang amat kukuh....Rasanya dah almost 1 month aku tidak mengupdate blog ni. Bukan tak ada cerita @ aktiviti terbaru nak dituliskan tapi masa yang amat terhad untuk menulis membuatkan tergendala semua. Sebagai contoh, bulan Mac yang lepas aku telah mengikuti suami lawatan ke Lumut, Perak (bersama-sama Kumpulan Kompang Sungai Kantan). Memang best sbb dapat merehatkan kepala daripada kerja-kerja di office. Cuti seminggu..mmg best...hopefully aktiviti ni akan jadi acara tahunan. :)..okaylah...nak stop dulu......dah lama tak berblog rasa beku kejap otak... idea tak datang mencurah-curah lagi......

Feb 24, 2010

Minggu yang penuh dengan meeting!!

Minggu yang penuh dengan meeting!!....bosann....mmg bosan.....dalam seminggu almost every day meeting.....tapi nak buat macammana kan....dah namanyer pon kerja..kerja...kerja...... so..bagi relakskan kepala..layan FB and update blog jap....sbb kepala dah dah x boleh nak terima bab2 kerja ni..esok pon pagi2 dah ke Shah Alam...Again!!!.....Sebenarnya sambil2 tunggu hubby aku nak datang jemput nih...tgk2 blog@website pasal wedding....opss....bukan nak kawin tau...dah kawin dah!!!...wedding planner?...x sampai tahap lagik tuh...cuma mencuba2 nasib utk buat bisness berkaitan wedding nih....in fact sekarang pun dah mula bisness kecil2...dan respon pon agak okay jugaklah...cuma kena cantikkan sikit lagik blog pasal bisness ni dan pelbagaikan produk yang nak dijual...blog pasal bisness ni x siap lagik....dah siap nanti nanti aku promote giler2 kt sini..ehhee........

Feb 13, 2010

Cuaca panas....CNY dan makan besar....

Dah hampir seminggu rasanya aku tak update blog nih....dengan beban kerja yang semakin banyak setiap hari menyebabkan lama jugak blog aku ni terbengkalai.....lagipun tak ada story baru yang nak dikongsi bersama2......ditambah pulak dengan cuaca panas yang kadang2 menyebabkan rasa tak selesa....bercakap pasal cuaca panas nih rasanya semua mesti setuju dengan pendapat aku.....bila dalam ofis okaylah ada aircond tapi bila keluar je dari bangunan ofis...ya allah...panasnya.....dengan keadaan cuaca yang setiap hari dalam 35-38 darjah celcius...mmg panas......nak keluar pun rasa tak selesa.....time2 mcm ni lah rasanya nak pasang jer aircond kat semua sudut kat rumah nih......okaylah...tinggalkan kejap pasal cuaca nih.....maybe x lama lagi okaylah kot....cerita pulak pasal CNY nie.....semasa blog ni sedang diupdate......berdentum2 bunyi mercun kat area rumah aku nie....bising bukan main.....mcm meriam pon ada jugak...yelah..esok dah CNY...mmg mlm ni x boleh nak tidurlah...dengar bunyi mercun....apa2 pun esok sure jalan kt area KL lengang....bolehlah kalau nak berjalan2 kt KL ... tapi dalam keadaan cuaca yang panas nih maybe x berapa nak best kalau keluar berjalan2.....kalau bercerita tentang CNY nie sure mesti kita x terlepas degan makan besar....n malam nih my family pon makan besar jugak (walaupun x sambut CNY...heheheh).....my parent, adik2 n adik ipar datang serbu rumah...ehehehe.....rasa mcm makan besar plak mlm nih......apa2 pun seronoklah...sekali sekala ramai org kt rumah..yelah..sblm nih berdua jer.....n this is my first time masak nasik tomato for my family.....komen?.....sedap but need to improve....ehhehehe...berperang jugak sengsorang kt dapur tadi...anyway thanks 2 my mother in law(mummy) sbb bagi resepi nih......kalau tak sure x jadi nasik tomato aku .....next time maybe bleh belajar masakan lain plak....okaylah....cukup untuk hari nih.....selamat bercuti kepada semua dan berhati2 di dalam perjalanan.....:)

Feb 1, 2010

Hujung minggu bersantai2....Sg. Gabai-Banting-Melaka

We had a pretty good weekend!!.....Best.....Minggu lepas (Sabtu n Ahad), disebabkan boring stay kt rumah, so kitaorg (wif my husband) bersantai2. Pada pagi Sabtu tu, lepas breakfast, tiba2 my husband tanya, "Yang, kita g Sungai Congkak ke Gabai ke nak?".. Dengan sepantas kilat aku jwb.." nakkklah..boring ni dok rumah. Kebetulan my husband x ada aktiviti kompang yang mmg rutin dia setiap minggu. Dalam pukul 2.30ptg Sabtu tu kitaorg pun bertolak lah ke Sungai Gabai... jln2 jer...bukan nak mandi manda pun.Sampai je kat sana....tiba2 kena tahan plak...rupa2nya kena byr parking.....
ingatkan RM1 sekali masuk...rupa2nya kena byr untuk 2 orang..so..total RM2 ...Ish...ni bukan byr parking..tapi byr utk admission :)....... sampai je kt area air terjun, punyalah ramai org kat situ...so kitaorg decided untuk naik tangga ke atas...ingatkan rendah....rupa2nya tinggi jugak tangga yang kitaorg naik tuh....fuhhh....menggigil kaki ni....maklumlah...x ada exercise terus je naik tangga tinggi mcm tuh.....dok kejap kt atas tuh then turun bawah balik....berpeluh2 naik tangga...ni mmg dah mandi peluh dah....dlm pkl 5 kitaorg sampai rumah......lepak2 kejap....then mcm boring lagi kan....so....apa lagi...mlm tu kitaorg g jln2 kt Banting plak...sampai rumah pkl 12.30mlm........





ni lah tangga yang kitaog naik tuh..tinggi giler...






antara pemandangan menarik yang sempat diambil

Pada hari Ahad pula sepeti biasa tanpa dirancang, kami telah bersantai2 pula di Melaka.....disebabkan sampai pon dah petang, so banyaklah tempat2 yang dah tutup...yang bukak cuma Zoo Melaka.....so..kami decided untuk ke Zoo Melaka....sekali masuk untuk dewasa RM7.00.....disebabkan kami dah terlepas last train..so jalan kaki round satu zoo.....boleh tahan besar jugak Zoo Melaka nih....okay..ni antara gambar2 yang sempat diambil semasa di Zoo Melaka....jom layan jap.....










menara kt Melaka


pemandangan dari atas menara

Jan 29, 2010

Jumaat yang dinantikan!!!

Jam dah pukul 6.30ptg.....still waiting for my hubby...penat, boring dan seangkatan dengannya....sambil2 tu layan lagu-lagu indon, layan facebook n layan blog...blog pon dah lama x update.....sibuk...x sempat nak bukak dan tak sempat jugak nak baca blog kwn2.......minggu ni mmg memenatkan...kerja yang tak pernah2 nak habis.....dengan melayan user yang banyak karenah.... sesekali teringin nak bercuti panjang...tapi masa masih belum mengizinkan.....Hari ni plak Jumaat, so....esok mmg nak rest sepuas2nya kat rumah.......kalau boring2 tuh kami (dgn hubby lah)...jln2 pusing2 KL mlm2 pastu g carik CD kat Uptown.....tapi mlm ni tak tau lagi....kalau x melepak tgk cd...tgk wayang lah......maklumlah..masih mood bulan madu.....:)....

Jan 19, 2010

Cara menangani stress

Stress.....cukup sinonim dgn kehidupan kita. Tak kira tua, muda, kaya, miskin...semestinya kita akan berhadapan dengan stress. Stress pula ada bermacam....stress di tempat kerja, masalah keluarga, masalah percintaan dan sebagainya. Tapi bagaimana untuk kita menangani stress?....jom kita tgk petua mcmmana untuk kita menangani stress...

1. Senyum .
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

2. Bersendirian.
Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. ... Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

3. Bertenang.
Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

4. Berbuat baiklah pada insan.
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..

5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.
Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

6. Peluk.
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

7. Lavender.
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

8. Kasih sayang.
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

9. Allah.
Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

10. Ceria.
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..


p/s:...sekarang ni mmg tgh stress dgn keje sbb ada yang tidak profesional langsung bila bekerja.....huhuuh....

Jan 16, 2010

My wedding day

Rasanya tak terlambat lagi nak cerita pasal my wedding day....dah masuk 2010 dah...apa2 pun aku telah selamat diijabkabulkan pada 4 Julai 2009 bersama insan tersayang.....apa2 pun jom layan gambar2 kawin aku nih......












Jan 15, 2010

Selamat Tahun Baru 2010!

Salam sejahtera semua. Diam tak diam, tahun 2010 telah menjelma. Rasanya baru semalam berada di dalam tahun 2009. Banyak kenangan telah kita lalui sepanjang 2009. Suka, duka…semuanya menjadi teman kita selama 12 bulan ini. Seperti aku, tahun 2009 merupakan tahun yang penuh kenangan yang terus terpahat di minda . Benar kata orang, semakin banyak dugaan dan cabaran yang kita tempuhi semakin banyak pengalaman hidup yang dapat kita kutip. Tahun 2009 telah menyaksikan aku telah bergelar seorang ISTERI!….Akhirnya aku telah selamat bergelar isteri….tahun 2010 pula, aku mengharapkan agar status aku semakin bertambah…...untuk bergelar seorang ibu…..harap-harap impian itu akan menjadi kenyataan pada tahun 2010 ini. Impian aku juga pada tahun 2010 ini agar kehidupan kami suami isteri sentiasa ceria, happy dan dapat mengembangkan lagi karier kami. Semoga tahun 2010 menjanjikan sesuatu yang luar biasa buat aku dan keluarga. Selamat tahun baru kepada semua.

Jun 4, 2009

Lama tak jenguk blog....

Rasanya dah lama x menjenguk blog ni....terasa sibuk sangat sekarang..macam x menyempat2 nak buat kejer........2 minggu lepas baru balik dari Penang...ada retreat di sana......rasanya dah lama x ke penang...last pergi sana masa ada program anak angkat masa zaman2 belajar kt utm dulu...itupon ayah angkat bwk jln2 kt sana.....dan tiba2 teringat nak call paklang (panggilan untuk ayah angkat).....lama dah x call tanya khabar dia..seronok betul dia bila dapat call.....siap soh singgah umah dia..tapi x sempat...sbb jadual kt penang x mengizinkan......bercerita pasal penang.....masa mlm tuh sempat jugaklah aku dan kwn2 naik beca ..pergi keluar mkn..lama dah x naik beca.....seronok.........then lepak2 makan......tapi yg bestnya....borak punya borak x sedar dah pukul 12 tghmlm....beca pon dah x ada...alamatnya kitaorg balik jln kaki ke hotel....huhhh...berpeluh jugaklah...tapi seronok.....:)........sedar tak sedar dah sampai pon........kami ke penang dalam 3 hari......penatttttt..........











Retreat di Penang

okaylah...rasanya dah penat sangat nie....sepanjang minggu ni penuh dengan meeting....tak termasuk kursus-kursus.....penat........keje pon x terbuat dah........minggu ni ada program treasure hunt plak......dengan wedding invitation yg melambak2...tah mana satu nak pergi......oh ya..bercakap pasal wedding ni.......tetiba rasa cam nak kawin plak..hahahaha......tak apa...kalau dah jodoh x ke mana kan......:).....okay bye....

May 8, 2009

Strategic Planning @ Mahkota Hotel

Tahun ni penuh dgn kursus dan bengkel. Pada 4-6 Mei lepas, semua pegawai telah menghadiri bengkel bagi membincangkan Strategic Planning for our organization di Mahkota Hotel, Melaka. Sebagai pegawai di peringkat pengurusan, bengkel ini adalah penting bagi menentukan hala tuju bagi organisasi. Penat mmg penat sbb bengkel ni start dari pagi sampai la malam. Bercakap mengenai Strategic Planning, now i'm preparing my ICT's Strategic Planning (for 3 years).Banyak perancangan bagi 3 tahun akan datang.....dan akan dijadikan sebagai panduan untuk melaksanakan projek2 ICT di sini. Okay..otak dah penat.....baru habis meeting sebenarnya dan ambil peluang update blog yang dah lama x update.....

Bandung....here we come!!!.....Jakarta-Bandung-Jakarta

Pada 17 April-19 April yang lepas aku telah pun berada di Bandung, Indonesia untuk mengikuti satu lawatan anjuran office. Seronok dan mmg seronok. Kami telah sampai di Soekarno-Hatta Airport, Jakarta kira-kira jam 8.30 pagi (lupa dah waktu M'sia atau Indonesia..hehhehe). Sampai di sana kami telah dibahagikan kepada 2 bas dan di bawa keliling Jakarta. Actually, Bandar Jakarta x ada beza pon dengan KL...lebih kurang sama jer sibuk dia. Then kami meneruskan perjalanan ke Bandung yang mengambil masa 3 jam perjalanan menggunakan bas. Sampai di Bandung, kami singgah dulu untuk lunch.....lapar....di sini kami dihidangkan dengan makanan
Padang......bolehlah...tapi kalau hari2 makan masakan nih.....rindu jugak dengan roti canai kt M'sia. Then kami di bawa pulak untuk shopping di Pasar Baru b4 check in hotel. Giler shopping kt sini....material kain sumer cantik2...x hairanlah....kalau ada yg nak kawen tuh shopping sakan kt Bandung ni.....sempat jugaklah sambar 2 helai telekung dan 2 helai baju bersulam....sabar.....itu baru hari pertama.....ada 2 hari lagi...heheheh....selepas shopping kami balik ke hotel........hari pertama mmg memenatkan........x sedar dah tertidur.....Esoknyer..breakfast seperti biaser dan sambung aktiviti....kami telah di bawa ke Tangkuban Parahu.....tempat dia sejuk ala2 cameroon lah......kt sini ada kawah gunung berapi dan ada kisah lagenda di sebalik nama. Lepas tuh singgah lunch n sambung shoipping balik...kali ni kami ke beberapa factory outlet di sekitar Bandung....kadang2 sampai tersilap2 byr duit rupiah...maklumlah...1000 rupiah =30sen.....kalau g kamar kecil harganya 1000 rupiah ataupun gratis(percuma)...ehheheheh...itu jerlah yg tau........Hari ketiga kami berangkat ke Jakarta balik n sambung shopping di KartikaSari(tempat kek2 n coklat) dan di Mangga dua (byk barang2 moden...handbag,baju2).......pastu kami ke airport untuk balik ke M'sia...... Harap2 lepas ni g tempat lain plak.......kami sampai kt office dlm pkl 2 pagi...aduh...penat..esok...pagi2 kena bgun nak ke INTAN plak kursus 4 hari.......okay itu ajer citer kt Bandung.....bye....








Soekarno-Hatta Airport, Jakarta



Hey.....now my turn okay!...


Kt Hotel ~ sebelum bertolak ke Tangkuban Parahu


Wif Shikin, Ila n Fidah.....u're the best..:)



Lunch hour kt Bandung..makan nasik padang...nasik x sampai lagi...

Tangkuban Parahu, Bandung.....



Grand Serela Hotel