Pages


Apr 30, 2010

Pecah rumah!!


Seawal pagi tadi aku dikejutkan dengan berita pecah rumah jiran. Kebetulan pagi tadi nak keluar pergi kerja, jiran di sebelah rumah memaklumkan ada kejadian pecah rumah malam tadi di kawasan rumah kami. Tuan rumah kebetulan tak ada di rumah dan pagi tadi kejadian hanya disedari oleh jiran. Rumah dibiarkan terbuka seluas2nya dengan lampu semuanya terpasang. Pencuri tu tak dapat nak masuk melalui pintu pagar tapi masuk melalui lubang sampah. Pintu rumah tak tau lah mcmmana dia bukak..Ada alat la kot...ishh..mcm2 lah sekarang nih. Pencuri ni mesti dah tau mana rumah yang selalu kosong (x ada orng) atau ada. Sebelum ni, rasanya last week, my hubby ada beritahu yang sebelum ni dia nampak ada sorang mamat ni naik motor duduk lama kat bawah pokok berdepan dengan rumah kitaorg. Bukan tuduhan ,hanya anggapan saja. Apa2 pun lepas ni kena sentiasa berhati2. Risau jugak, sebab kalau hubby tak ada kat rumah, pencuri ingat tak ada orang , then cuba masuk rumah plak kan....Lepas2 ni cuma make sure semua pintu pagar, pintu dikunci. Byee....

Apr 27, 2010

Cari makan di Restoran Warisan



"Cari makan di Restoran Warisan"....sebenarnya idea nak pergi ke Restoran Warisan ni dapat lepas tengok Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di TV3 ahad lepas.Mungkin nampak berselera bila tengok pengacara JJCM Serina makan, teringin pulak nak ke sana mencuba makanan. Lebih-lebih lagi ada menu masakan kampung Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api daging salai, ayam kampung dan macam-macam lagi msakan NS. Kebetulan, my hubby memang peminat masakan daging salai. Kalau balik kampung mmg tak pandang makan lain dah. Restoran Warisan ni terletak di Pusat Kraf (Perkampungan Budaya Terachi)Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Kajang lebih kurang 1 jam perjalanan. Lepas tol ikut jalan ke Kuala Pilah. Jalan ke Kuala Pilah pon dah senang, tak perlu nak lalu Bukit Putus lagi. Restoren ni senang nak cari sebab ada papan tanda besar beberapa kilometer sebelum nak sampai. Sebelum sampai, korang akan jumpa Ulu Bendul dulu. Kalau dari KL restoran ni sebelah kiri tepi jalan jer. Dah sampai....



Papan tanda Restoran Warisan





Restoran Warisan


Sampai je kat sini, korang akan dihiburkan dengan irama cak lempung (agaknyer lah kot....)...dikelilingi sawah padi..mmg cantik.....sejuk jer pemandangan. Tibalah masa nak order...baru je nak order daging salai, dah habis rupanya...sebab dari pagi tak putus-putus orang datang...so terpaksa lah order makanan lain. Ini adalah antara makanan yang di order. Rasa?...Sedap...Harga?...Boleh tahan. Sesuai dengan tempat yang agak eksklusif. Maybe next time boleh datang lagi.


Paprik



Kerabu Daging


Telur Bungkus



Apr 21, 2010

Ilmu blog


Ilmu blog ni luas rupanya. Ingatkan dah guna template yang disediakan dah boleh buat blog sendiri. Tapi masih ada lagi ilmu-ilmu yang kita masih tak tau, yang tidak ada di dalam template yang diberikan dan kita kena explore sendiri. Sebagai contoh masa aku nak tukar template blog ni, terpikir gak mcmmana nak gunakan template yang selain daripada yang disediakan oleh blogspot nih. Tgk org lain punyer blog cantik2 jer. So bermulalah pencarian mcmmana nak tukar. Carik punya carik terjumpalah blog ni (antara blog yang sempat di explore). Siap bagi web@blog khas untuk design2 terkini blog.

1. http://www.andiza.net/2009/06/panduan-tukar-template-blogspot.html
2. http://www.kongsiblog.org
3. http://godekblog.blogspot.com

Aku just belajar dari sini aje. Mmg amat2 membantu. Korang cubalah masuk blog2 tersebut dan cuba tutorial yang disediakan (yg dah pandai tuh abaikan yer..hehehe). Dan sampai sekarang aku masih mencari blog-blog tutorial mcm ni. Dan hasilnya aku dah berjaya mengubah design template blog aku ni dengan jayanya.

* buat sekian kalinya, barulah dapat masukkan counter dlm blog sendiri...:)*

Template blog telah berubah!!!


Kini, blog telah kembali dengan template yang baru! Macammana? Okay tak?.. Hanya sekadar percubaan untuk menukar template supaya tidak rasa bosan dengan template yang lama. Lagipun kalau dilihat pada tarikh terakhir posting, sudah agak lama tidak berblog. Malas, busy, x ada idea dan sebagainya mmg alasan yang amat kukuh....Rasanya dah almost 1 month aku tidak mengupdate blog ni. Bukan tak ada cerita @ aktiviti terbaru nak dituliskan tapi masa yang amat terhad untuk menulis membuatkan tergendala semua. Sebagai contoh, bulan Mac yang lepas aku telah mengikuti suami lawatan ke Lumut, Perak (bersama-sama Kumpulan Kompang Sungai Kantan). Memang best sbb dapat merehatkan kepala daripada kerja-kerja di office. Cuti seminggu..mmg best...hopefully aktiviti ni akan jadi acara tahunan. :)..okaylah...nak stop dulu......dah lama tak berblog rasa beku kejap otak... idea tak datang mencurah-curah lagi......

Feb 24, 2010

Minggu yang penuh dengan meeting!!

Minggu yang penuh dengan meeting!!....bosann....mmg bosan.....dalam seminggu almost every day meeting.....tapi nak buat macammana kan....dah namanyer pon kerja..kerja...kerja...... so..bagi relakskan kepala..layan FB and update blog jap....sbb kepala dah dah x boleh nak terima bab2 kerja ni..esok pon pagi2 dah ke Shah Alam...Again!!!.....Sebenarnya sambil2 tunggu hubby aku nak datang jemput nih...tgk2 blog@website pasal wedding....opss....bukan nak kawin tau...dah kawin dah!!!...wedding planner?...x sampai tahap lagik tuh...cuma mencuba2 nasib utk buat bisness berkaitan wedding nih....in fact sekarang pun dah mula bisness kecil2...dan respon pon agak okay jugaklah...cuma kena cantikkan sikit lagik blog pasal bisness ni dan pelbagaikan produk yang nak dijual...blog pasal bisness ni x siap lagik....dah siap nanti nanti aku promote giler2 kt sini..ehhee........

Feb 13, 2010

Cuaca panas....CNY dan makan besar....

Dah hampir seminggu rasanya aku tak update blog nih....dengan beban kerja yang semakin banyak setiap hari menyebabkan lama jugak blog aku ni terbengkalai.....lagipun tak ada story baru yang nak dikongsi bersama2......ditambah pulak dengan cuaca panas yang kadang2 menyebabkan rasa tak selesa....bercakap pasal cuaca panas nih rasanya semua mesti setuju dengan pendapat aku.....bila dalam ofis okaylah ada aircond tapi bila keluar je dari bangunan ofis...ya allah...panasnya.....dengan keadaan cuaca yang setiap hari dalam 35-38 darjah celcius...mmg panas......nak keluar pun rasa tak selesa.....time2 mcm ni lah rasanya nak pasang jer aircond kat semua sudut kat rumah nih......okaylah...tinggalkan kejap pasal cuaca nih.....maybe x lama lagi okaylah kot....cerita pulak pasal CNY nie.....semasa blog ni sedang diupdate......berdentum2 bunyi mercun kat area rumah aku nie....bising bukan main.....mcm meriam pon ada jugak...yelah..esok dah CNY...mmg mlm ni x boleh nak tidurlah...dengar bunyi mercun....apa2 pun esok sure jalan kt area KL lengang....bolehlah kalau nak berjalan2 kt KL ... tapi dalam keadaan cuaca yang panas nih maybe x berapa nak best kalau keluar berjalan2.....kalau bercerita tentang CNY nie sure mesti kita x terlepas degan makan besar....n malam nih my family pon makan besar jugak (walaupun x sambut CNY...heheheh).....my parent, adik2 n adik ipar datang serbu rumah...ehehehe.....rasa mcm makan besar plak mlm nih......apa2 pun seronoklah...sekali sekala ramai org kt rumah..yelah..sblm nih berdua jer.....n this is my first time masak nasik tomato for my family.....komen?.....sedap but need to improve....ehhehehe...berperang jugak sengsorang kt dapur tadi...anyway thanks 2 my mother in law(mummy) sbb bagi resepi nih......kalau tak sure x jadi nasik tomato aku .....next time maybe bleh belajar masakan lain plak....okaylah....cukup untuk hari nih.....selamat bercuti kepada semua dan berhati2 di dalam perjalanan.....:)

Feb 1, 2010

Hujung minggu bersantai2....Sg. Gabai-Banting-Melaka

We had a pretty good weekend!!.....Best.....Minggu lepas (Sabtu n Ahad), disebabkan boring stay kt rumah, so kitaorg (wif my husband) bersantai2. Pada pagi Sabtu tu, lepas breakfast, tiba2 my husband tanya, "Yang, kita g Sungai Congkak ke Gabai ke nak?".. Dengan sepantas kilat aku jwb.." nakkklah..boring ni dok rumah. Kebetulan my husband x ada aktiviti kompang yang mmg rutin dia setiap minggu. Dalam pukul 2.30ptg Sabtu tu kitaorg pun bertolak lah ke Sungai Gabai... jln2 jer...bukan nak mandi manda pun.Sampai je kat sana....tiba2 kena tahan plak...rupa2nya kena byr parking.....
ingatkan RM1 sekali masuk...rupa2nya kena byr untuk 2 orang..so..total RM2 ...Ish...ni bukan byr parking..tapi byr utk admission :)....... sampai je kt area air terjun, punyalah ramai org kat situ...so kitaorg decided untuk naik tangga ke atas...ingatkan rendah....rupa2nya tinggi jugak tangga yang kitaorg naik tuh....fuhhh....menggigil kaki ni....maklumlah...x ada exercise terus je naik tangga tinggi mcm tuh.....dok kejap kt atas tuh then turun bawah balik....berpeluh2 naik tangga...ni mmg dah mandi peluh dah....dlm pkl 5 kitaorg sampai rumah......lepak2 kejap....then mcm boring lagi kan....so....apa lagi...mlm tu kitaorg g jln2 kt Banting plak...sampai rumah pkl 12.30mlm........





ni lah tangga yang kitaog naik tuh..tinggi giler...






antara pemandangan menarik yang sempat diambil

Pada hari Ahad pula sepeti biasa tanpa dirancang, kami telah bersantai2 pula di Melaka.....disebabkan sampai pon dah petang, so banyaklah tempat2 yang dah tutup...yang bukak cuma Zoo Melaka.....so..kami decided untuk ke Zoo Melaka....sekali masuk untuk dewasa RM7.00.....disebabkan kami dah terlepas last train..so jalan kaki round satu zoo.....boleh tahan besar jugak Zoo Melaka nih....okay..ni antara gambar2 yang sempat diambil semasa di Zoo Melaka....jom layan jap.....










menara kt Melaka


pemandangan dari atas menara

Jan 29, 2010

Jumaat yang dinantikan!!!

Jam dah pukul 6.30ptg.....still waiting for my hubby...penat, boring dan seangkatan dengannya....sambil2 tu layan lagu-lagu indon, layan facebook n layan blog...blog pon dah lama x update.....sibuk...x sempat nak bukak dan tak sempat jugak nak baca blog kwn2.......minggu ni mmg memenatkan...kerja yang tak pernah2 nak habis.....dengan melayan user yang banyak karenah.... sesekali teringin nak bercuti panjang...tapi masa masih belum mengizinkan.....Hari ni plak Jumaat, so....esok mmg nak rest sepuas2nya kat rumah.......kalau boring2 tuh kami (dgn hubby lah)...jln2 pusing2 KL mlm2 pastu g carik CD kat Uptown.....tapi mlm ni tak tau lagi....kalau x melepak tgk cd...tgk wayang lah......maklumlah..masih mood bulan madu.....:)....

Jan 19, 2010

Cara menangani stress

Stress.....cukup sinonim dgn kehidupan kita. Tak kira tua, muda, kaya, miskin...semestinya kita akan berhadapan dengan stress. Stress pula ada bermacam....stress di tempat kerja, masalah keluarga, masalah percintaan dan sebagainya. Tapi bagaimana untuk kita menangani stress?....jom kita tgk petua mcmmana untuk kita menangani stress...

1. Senyum .
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

2. Bersendirian.
Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. ... Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

3. Bertenang.
Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

4. Berbuat baiklah pada insan.
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..

5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.
Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

6. Peluk.
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

7. Lavender.
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

8. Kasih sayang.
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

9. Allah.
Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

10. Ceria.
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..


p/s:...sekarang ni mmg tgh stress dgn keje sbb ada yang tidak profesional langsung bila bekerja.....huhuuh....

Jan 16, 2010

My wedding day

Rasanya tak terlambat lagi nak cerita pasal my wedding day....dah masuk 2010 dah...apa2 pun aku telah selamat diijabkabulkan pada 4 Julai 2009 bersama insan tersayang.....apa2 pun jom layan gambar2 kawin aku nih......












Jan 15, 2010

Selamat Tahun Baru 2010!

Salam sejahtera semua. Diam tak diam, tahun 2010 telah menjelma. Rasanya baru semalam berada di dalam tahun 2009. Banyak kenangan telah kita lalui sepanjang 2009. Suka, duka…semuanya menjadi teman kita selama 12 bulan ini. Seperti aku, tahun 2009 merupakan tahun yang penuh kenangan yang terus terpahat di minda . Benar kata orang, semakin banyak dugaan dan cabaran yang kita tempuhi semakin banyak pengalaman hidup yang dapat kita kutip. Tahun 2009 telah menyaksikan aku telah bergelar seorang ISTERI!….Akhirnya aku telah selamat bergelar isteri….tahun 2010 pula, aku mengharapkan agar status aku semakin bertambah…...untuk bergelar seorang ibu…..harap-harap impian itu akan menjadi kenyataan pada tahun 2010 ini. Impian aku juga pada tahun 2010 ini agar kehidupan kami suami isteri sentiasa ceria, happy dan dapat mengembangkan lagi karier kami. Semoga tahun 2010 menjanjikan sesuatu yang luar biasa buat aku dan keluarga. Selamat tahun baru kepada semua.