Pages


Sep 22, 2010

Selamat Hari Raya


Rasanya belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua walaupun dah 13 hari kita semua menyambut raya. Dah lama rasanya tak update blog ni...almaklumlah , sibuk dengan tugas2 harian di ofis dan bisnes (chewaahh...kononnn...eheheh).....di Putra Walk.....Poise...House of Ladies....so far nampak okay, walaupun agak slow pada awalnya....maklumlah, promosi belum lagi di buat...banyak lagi yag perlu belajar.....okaylah...otak blur nak tulis apa lagi....baru habis meeting tadi....see u ya...

Aug 30, 2010

Opening Now!

Opening Now! Poise Ladies Boutique.....Visit us @ http://poiseventure.blogspot.com.



Aug 10, 2010

POISE ~Opening soon....~

We will be open up our ladies boutique @ putra walk, Seri Kembangan.







Sabar itu sebahagian daripada iman!

Sabar...mmg tengah bersabar sekarang ni...kadang2 tak faham dengan sesetengah manusia ni...suka menyalahkan orang lain dan bila bercakap tak fikir orang lain....seolah2 diri tu baik sangat dan bagus sangat......tunjuk bagus sangat depan orang...dan sungguh tidak profesional bila bekerja...terlalu emosional....apa2 pun manusia macam ni mmg ada di mana-mana.....tak apalah....bak kata orang kalau kita layan orang gila..kita jadi gila... dan kalau kita layan orang bodoh kita jadi bodoh....so kesimpulannya, buat hal sendiri, keje sendiri.....daripada melayan orang macam ni baik aku layan kedai baru aku nih..hehhe...bye....

Jul 30, 2010

Catatan seminggu!!

Rasanya tak pernah lagi rasa sepenat minggu ni....Dari Isnin ke Jumaat jadual penuh dengan meeting, persidangan n macam2 lagi.....Senang cerita satu kerja tak sempat nak buat kt ofis. Start jer hari Isnin dah ada meeting yg kena pergi....kalau start pagi confirm habis tghari.....
Hari Selasa pulak aku menghadiri persidangan CIO sektor awam 2010 selama satu hari.Persidangan CIO Sektor Awam merupakan satu persidangan tahunan anjuran MAMPU sejak tahun 2000. Melalui persidangan ini, para CIO Sektor Awam dapat berkumpul, bertukar-tukar idea serta menjalin kerjasama strategik di antara mereka di samping meningkatkan pengetahuan dalam teknologi, cabaran dan peluang ICT terkini. Di sinilah semua CIO sektor berjumpa dan dapat info terkini berkaitan teknologi maklumat. Seingat aku, ini ada adalah kali kedua aku menghadiri persidangan CIO. Pada tahun ini, dengan tema ”ICT Innovations Accelerate Economic Growth” sebanyak 12 kertas pembentangan berkaitan inovasi ICT akan disampaikan oleh pakar ICT tempatan dan antarabangsa. Skop persidangan kini diperluaskan dengan penglibatan peserta daripada Sektor Industri (GLC, NGO dan Swasta) dengan kerjasama daripada Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) dan Gabungan Komputer Nasional Malaysia (MNCC). Persidangan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan,Ketua Setiausaha Negara.

Keesokan harinya pulak aku menghadiri Bengkel Pemantapan Laman Web di Grand Bluewave Hotel Shah Alam anjuran Pusat ICT Selangor selama sehari dan membincangkan berkaitan berkaitan penilaian web oleh MDEC selain berkongsi maklumat terkini. Pada tahun lepas MPKj telah berjaya memperolehi 4 bintang dan menduduki ranking yang ke 20 antara agensi sektor awam di M'sia. Tak sia2 lah usaha kami di ICT selama ni. So target 4 dis year untuk mendapatkan 5 bintang.

Hari2 seterusnya meeting dari pagi sampai petang tanpa henti...hehehehe........so , jadilah minggu ni adalah minggu yg paling memenatkan. Kerja di ofis tetap menanti. SKT 2010 perlu dicapai mengikut jadual yang ditetapkan diawal tahun. Lepas ni kena pikir pasal penyediaan bajet 2011 dan 2012 pulak....ishh..ish....banyak jugak kerja nih....saper ckp keje gomen ni goyang kaki.....mungkin lain tempat lain lah kot....nasib baik ada anak2 buah (staf) seramai 8 orang di Bhg ICT yang banyak memberikan kerjasama....Okaylah....stop dulu.....mata dah mengantuk sbb teman hubby cat kedai......byeeeeeeeeeeee...

Jul 22, 2010

pening..tension...malas......!!

Pening...tension.....malas...semuanya ada....Hari ni mmg tak boleh fokus nak buat keje..Ada saja yang tak kena....n tak tau nak start yang mana satu sebenarnya.. atas meja berselerak dengan fail, surat menyurat dan segala nota2 INGATAN kerja-kerja yang masih pending....aduhhh.....kepala pusing...masih bertimbun fail2 yang perlu dibereskan....deretan tarikh2 meeting yang perlu dihadiri...berderet2 dalam seminggu.....belum cerita tension dalam meeting lagi....alamatnya makin bertambah lah fail dan surat atas meja yang nenambah koleksi dalam seminggu....meja ni mmg tak pernah kemas..baru kemas hari nih..esok dah penuh dengan surat mesyurat yang perlu diminitkan...arghhhh.....byknyer benda dalam kepala nih.....terasa lambat pulak pukul 5 ptg...nak balikkkkkkkk..... mujurlah masalah internet yang agak tidak stabil di opis telah diselesaikan...fuhhh...kalau tidak....telefon asyik berbunyi..."internet tak okay ker....?...bila nak okay....?...."..... anyway, thanks kepada semua staf2 IT yang memberi kerjasama menyelesaikan setiap masalah.....okaylah......sambung kerja sikit lagik sebelum "putera kacak" (my hubbylah , siapa lagik..hehehe......) datang menjemput........tiba2 teringin nak g tgk wayang.....byeeeeeeeeeee..........

Jul 12, 2010

Thistle Port Dickson Resort

Hi...hi..hi.....Ingat tak dalam post sebelum ni kami tak dapat nak booking bilik hotel di PD....so, now, kami dah realisasikan impian tu.....:).......Tempat pilihan kali ni ialah percutian di Thistle Port Dickson Resort dan stay selama 1 malam bermula 8hb Julai - 9hb Julai 2010. Thistle Port Dickson Resort, formerly known as Guoman Port Dickson Resort. Hotel ni memang menarik dan cantik. Sesuai bagi pasangan pengantin yang sukakan garden concept....Tak banyak aktiviti yang boleh dikongsikan sebab duduk dalam bilik rasa tak nak keluar dah...sangat2 selesa.....ehhehe.. sebab ada view yang sangat cantik.......cuma petang-petang jalan2 berdua2an di sekitar kawasan hotel, macam honeymoon plak.....yup...our second honeymoon.........:)........malam pulak ada live band...nak tengok bola....kebetulan malam tu tak ada game.....so kami dinner di luar kawasan hotel.......Okaylah..blur nak tulis apa......jom tengok gambar2 menarik di sekitar Thistle ok.....


Pemandangan di ruang menunggu







Pemandangan dari bilik







Deluxe King with View - Spectacular beach views from your own private balcony, King-sized bed, an option of standing shower or bath with tub, toiletries, and work area with high-speed Internet access. Enjoy the conveniences of 24-hour concierge and room service, plus daily morning newspaper



Bilik keramat - 522







Breakfast set

Ok. Setakat ini saja gambar yang boleh diupload dan percutian kami......next time akan update lagi tempat2 percutian kami......insya allah......

Jul 6, 2010

First Wedding Anniversary!!!



Tanggal 4 Julai 2010 (Ahad) adalah ulangtahun pertama perkahwinan kami. Pejam celik dah setahun melayari hidup sebagai suami isteri. Ulangtahun perkahwinan kami disambut serentak dengan hari lahir hubby....kiranya disambut serentak bagi 2 peristiwa penting dalam hidup kami. Setakat ni alhamdillah, dah adat hidup berumahtangga ada pasang surut. Happy, sedih dan bermacam-maca lagi. Tapi itulah yang dinamakan hidup. Lagi banyak cabaran yang diberikan lagi banyak yang kita belajar. Jatuh bangun semuanya kami dah lalui dan berjaya harungi walaupun kadang2 ada orang yang tak senang dengan apa yang kita ada. Sebenarnya pada anniversary ni ada plan nak pergi bercuti tapi tak kesampaian. Sehari sebelum anniversary, kami telah ke PD, kononnyer nak book terus hotel dan stay semalam dua tapi malangnya semua hotel fully booked....rupa2nya ada Karnival di PD menyebabkan semua hotel yang kami pergi fully booked.......end up, kami pergi makan ikan bakar di Ummi Restoran sebelum balik semula ke Kajang........so tak dapatlah nak meraikan 2 persitiwa penting dalam hidup kami nih...hehehe....moral of the story..lain kali jangan lupa book dulu.....kan dah....terpaksa balik umah balik......so kami cadang untuk pergi bercuti selepas ini tapi bukan weekend.......
Kepada suamiku yang tersayang, "Happy Anniversary dan happy birthday....kita tak mampu nak mengagak apa yang bakal berlaku dikemudian hari tapi kita hanya boleh merancang.....semoga berkekalan gembira selamanya....
p/s:....sayang, thanks for the anniversary gift....nice bag :)

"....

Jun 21, 2010

Piala Dunia telah bermula...


Sepertimana yang kita semua tahu, Piala Dunia 2010 dah pun bermula pada 11 Jun 2010 yang lepas. Sana sini orang bercerita tentang piala dunia. Dari rumah, kedai kopi, sekolah sampailah ke pejabat topik utama adalah bola...bola..bola....makan bola, tidur bola....semua bola...yang tak pernah tahu apa itu Piala Dunia pun akan tahu......Nak tak nak terpaksa ambil tahu sebab orang keliling akan bercerita tentang Piala Dunia....Walaupun pasukan Malaysia tidak tersenarai dalam pasukan yang bertanding tetapi meriahnya tetap ada.....yang pasti kedai mamak adalah destinasi utama untuk menonton Piala Dunia...bukannya di rumah tak ada tv...sebesar2 tv pun ada....semua rumah ada Astro tetapi meriahnya duduk di kedai mamak tu lagi terasa......tak kiralah siapa yang gol...yang pasti nak tengok bola masuk gol dan "GOLLLLLLLLL"......senario biasa ketika menonton bola.......bercerita tentang WC nih.....aku dan hubby pun tak terkecuali terkena tempiasnya....sanggup melepak di kedai mamak nak tengok WC punya pasal........apa2 pun.....WC hanya datang 4 tahun sekali........selagi tidak mengganggu kerja harian sudahlah....

p/s:...pernah terbaca di akhbar...."perhatian untuk bos2....musim WC ni jangan percaya dengan MC staf...."......tepuk dada tanya selera......


Jun 8, 2010

Menjelang ke Bagan Lalang



Masih di office. Menyiapkan kerja-kerja sebelum menghadiri Bengkel Pengwujudan Jawatan Baru di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang esok. Aku akan berada di sana selama 3 hari bermula esok. Bengkel ini akan dihadiri semua ketua jabatan, bahagian dan unit bagi membincangkan berkaitan pengwujudan jawatan baru. Dah sehari suntuk mengadap komputer, terasa letih pulak. Okaylah...nak balik dulu.....my hubby dah sampai.....akan di update lagi okay...bye....

Jun 7, 2010

Jemputan Kahwin dan Bagan Lalang

Minggu ni dah mula dapat jemputan-jemputan kahwin dari kawan-kawan dan saudara mara. Tak tau mana satu nak pergi. Semuanya serentak. Kalau jemputan yang serentak ni, jemputan yang dekat jadi keutamaan. Bercerita berkaitan jemputan kahwin ni, Sabtu dan Ahad yang lepas aku menghadiri beberapa jemputan kahwin. Adalah lebih kurang 5 jemputan kahwin. Agak penat tapi untuk tidak menghampakan tuan rumah yang menjemput, datang jugaklah walaupun sekejap. :). Kalau kita datang kenduri kahwin sekarang, memang dah menjadi trend bekalkan tetamu dengan Door Gift. Kalau dulu, bagi bunga telur jer. Sekarang dah pelbagai, sabun, kuih, kipas, tuala, cupcakes, coklat dan sebagainya. Ada juga yang memberi 'goody bag' dan di isi dengan pelbagai barang. Kalau diikutkan,kos sebiji cupcake atau mufin, 80 sen hingga RM1 sudah jauh melebihi harga sebiji telur 30 atau 35 sen. ‘Goody bag’, menjangkau RM5 untuk satu. Ada juga yang boleh didapati dengan harga RM1.50 setiap satu. Belum dikira kalau ada beg yang ditempah khas. Jika seribu??? Untuk mereka yang berbajet tinggi, tidak menjadi masalah..Tetapi untuk yang berbajet rendah@ sederhana? Makin bertambahlah bajet untuk kenduri kahwin.

Sebenarnya alasan untuk tidak memberi bunga telur adalah kerana telur dan bekas telur mahal, telur yang direbus mungkin tidak tahan lama dan mudah pecah. Pemberian telur juga dikatakan tidak trendy ataupun ‘up-to-date’. Apa-apa pun, nak tak nak, trend ini kita akan ikut juga trend selari dengan perkembangan semasa. Terpulanglah kepada pasangan pengantin sama ada untuk mengikut arus perkembangan semasa @ meneruskan tradisi nenek moyang kita. Tiada sebarang paksaan asalkan memori indah perkahwinan itu akan diingati buat selamanya-lamanya. Pernah pada masa menguruskan majlis perkahwinan aku tahun lepas, emak merungut " lepas ni kalau kahwin jiela beli bunga telur jer lah..tak payah nak pikir beli beg"...Rasa-rasanya 15 tahun akan datang,adakah trend pemberian door gift ni masih diteruskan?..Just wait n c....:). Tak berani untuk meramalkan apa yang akan terjadi di masa akan datang.

Lepas menghadiri kenduri kahwin Ahad lepas, aku dan hubby pergi melencong ke Bagan Lalang. Teringin nak makan ikan bakar dah lama dah. Baru semalam dapat makan. Gambar tak sempat nak ambil, dah lapar sangat. . Paling best semalam ada sepasang pengantin yang masih berpakaian pengantin (baju melayu dan kebaya) bersama kawan2 makan bersama ikan bakar....amboii.....lepas sanding terus makan ikan bakar yee...ehheheBest.. Apa2 pun,mmg best...makan sampai tak ingat dunia..dan tak tengok orang keliling...dan akibatnya, sampai rumah terus terlena sampai ke pagi :).......

* Kepada semua pengantin baru dan yang 'ala2 pengantin baru', SELAMAT PENGANTIN BARU dan selamat menempuh alam baru yang tak mungkin kita dapat masa di alam bercinta.