Pages


Nov 29, 2010

WAFY RICH SHOP....

WAFY RICH SHOP......sekadar mempromosikan blog seorang kenalan lama (semasa bekerja di Cosmopoint)...perniagaan yang dijalankan lebih menyediakan perkhidmatan grafik, membekalkan cenderahati seperti minyak wangi, alatulis, pakaian, makanan dan minuman. Kepada yang berminat bolehlah terus menghubungi Hairolizam di talian 012 6559341 . Kepada Hairol, good luck okay. Semoga berjaya dalam bisness yang diceburi.

Sekiranya berminat sila layari blog tersebut di
http://eightsouvenirs.blogspot.com

Nov 14, 2010

Single? Kami juga ada naluri...

Single? Kami juga ada naluri... sebenarnya aku cukup tertarik dengan tajuk dalam ruangan EH!kata wanita dalam majalah EH....walaupun aku tidak lagi memegang status SINGLE sejak setahun yang lepas....tapi aku amat memahami perasaan wanita2 di luar sana yang masih memegang status yang amat ditakuti jika usia susah melewati 30 tahun kerana aku juga pernah melaluinya selama 30 tahun!!....kadang2 orang di luar sana hanya sedap mulut bercakap tanpa memikirkan perasaan orang yang melaluinya...bukannya mereka tidak mencari tetapi belum sampai jodohnya....soal jodoh semuanya di tangan tuhan...untung nasib si A dan si B takkan sama walaupun adik beradik sekalipun!!...cubalah fahami perasaan orang yang melaluinya bukannya menambahkan tekanan pada mereka. Tidak hairanlah kalau ada yang sanggup untuk tidak pulang ke kampung kerana tidak sanggup mendengar umpat keji dan sindiran saudara mara dan sahabat handai. Janganlah dipandang hina pada mereka hanya kerana tidak bertemu jodoh, mungkin jodohnya lambat tidak bermakna mereka tidak berusaha. Tapi itulah orang kita....bila belum bertemu jodoh, ditanya bila nak kawin, bila dah kawin bila nak tambah ahli keluarga, bila dah ada seorang, ditanya pula bila nak ada teman yang sulung, bila anak dah besar bila pulak nak menantu dan bila pulak nak bercucu....tak ada keje lain ke selain nak menjaga tepi kain orang sahaja. Ya, mungkin kita bernasib baik kerana dapat apa yang kita nak, dan dapat apa yang orang lain tak dapat, tapi tuhan itu maha adil, mungkin anak cucu kita pula menerima nasib yang sama dengan orang yang kita kata itu. siapa tahu bukan?....semuanya kerja tuhan......kalaulah mencari jodoh itu sesenang membeli ikan di pasar, sudah pasti tiada masalah bukan......yang pasti biarkan mereka bahagia dengan cara hidup mereka selagi tidak mengganggu orang lain...mereka juga berhak untuk hidup bahagia dan tenang walaupun belum menemui cinta hati masing-masing.....Aku masih mempunyai teman-teman yang masih bersendirian namun amat kagum kerana berjaya mengharungi sindiran orang sekeliling dan amat mengagumkan lagi mereka ini amat berjaya dan tidak menyusahkan sesiapa pun cuma rezeki jodoh sahaja yang agak lambat....kepada teman-temanku, masanya akan tiba..usah peduli suara-suara sumbang disekeliling ...yang penting kita happy dengan cara kita....tak semestinya orang yang terlalu mempamerkan kebahagian kepada orang lain itu bahagia di dalamnya.....cukuplah hanya kita sahaja yang tahu betapa bahagianya kita....

Nov 5, 2010

F44

Alhamdulillah, akhirnya selepas beberapa tahun menunggu, pada 2 November 2010 aku telah menerima surat dari pentadbiran menyatakan kenaikan pangkat daripada F41 ke F44 berkuatkuasa pada 1 November 2010. Sebelum naik pangkat ni, mcm2 dugaan jugak dilalui :).....tapi akhirnya sampai juga ke destinasi....sama ada cepat atau lambat....kalau dah rezeki, akan dapat juga. Cuma ada nasihat kepada sesiapa yang berkenaan....jangan cuba menyekat rezeki orang lain, kalau tidak terjadi kepada kita..mungkin anak cucu kita pula yang akan rasa. :)

Oct 29, 2010

Kesayangan :)

Kesayangan....alangkah bestnya kalau menjadi orang kesayangan...tak perlu risau kena marah...tak perlu risau macam2.....buat apa semuanya betul....kalau bukan orang kesayangan segala tingkah laku kena dijaga....salah silap sikit dah nampak salahnya walaupun tak sebesar mana pun..kena pandai menjaga diri di tempat orang...tapi itulah dunia kan......sekurang2nya....kita tahu di mana kita berpijak...tidak selamanya selamat....perkara ni terjadi di mana2 saja....apa2 pun.....aku tetap aku...tidak akan menjadi orang lain.....menerima aku seadanya....(mcm luahan perasaan plak kan....:) ).....

p/s:...org kesayangankah aku?...aku pon tak tau...mungkin ya mungkin juga TIDAK..:)

Sudah lama tidak berblog!!

Salam semua. Kalau dilihat pada tarikh terakhir menulis blog ni mmg dah lama raanya tidak berblog. Almaklumlah, teramatlah sibuknya dengan tugas2 harian di pejabat, di kedai, di rumah dan sebagainyalah. Tapi kata orang, kerja di office tu sampai bila2 takkan habis. Sentiasa ada. Lagi2 dihujung2 tahun ni. Banyak lah kerja yang perlu diselesaikan untuk mencapai SKT. Lagipon baru2 ni aku amatlah sibuk dengan persediaan bajet 2011. Cuba membayangkan macammana agaknya buat bajet yang besar (Malaysia), buat bajet utk office pon dah pening kepala. Tapi itu adalah pengalaman yang paling berharga sbb kena buat analisis thn2 lepas utk buat bajet thn2 selepasnya. Alhamdulillah, dah selesai pon. :). Hari ni baru rasa lega sikit kepala sebab tak ada meeting yang perlu dihadiri.. Tapi ada appointment lah plak....Sambil2 tuh boleh buat preparation untuk PTK next week. Tak tau macammana konsep dia lagi. Harap2 okaylah. Kalau ada rezeki tak ke mana walau macammana pun orang sekat rezeki tu kan. Hanya menunggu dengan penuh sabar. :).
Dalam sebulan ni macam2 berlaku. pada 9/10/10 yang lepas, rumah yg kami duduk dimasuki pencuri. Menggigil jugak bila tengok barang2 berselerak dalam bilik. Pintu belakang semua terbukak luas kecuali pintu depan. Masa tu baru balik dari kedai. Yang kelakar tu siap minum air. Habis air dalam peti ais diminum. Penat sangat agaknya menyelongkar barang2 kt rumah tu. Alhamdulillah, dia cuma masuk masa org tak ada bukan masa org ada. Sekarang dah macam2 berita, bukan setakat merompak tapi buat kerja lain ( sendiri mau ingatlah)......Okaylah.....cuma ambil masa sikit ajer untuk menulis blog yang dah sebulan ditinggalkan. Nanti orang cakap x ada kerja pulak kan..ehhehe....ready 4 PTK....PTK....PTK....PTK.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

Sep 22, 2010

Selamat Hari Raya


Rasanya belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua walaupun dah 13 hari kita semua menyambut raya. Dah lama rasanya tak update blog ni...almaklumlah , sibuk dengan tugas2 harian di ofis dan bisnes (chewaahh...kononnn...eheheh).....di Putra Walk.....Poise...House of Ladies....so far nampak okay, walaupun agak slow pada awalnya....maklumlah, promosi belum lagi di buat...banyak lagi yag perlu belajar.....okaylah...otak blur nak tulis apa lagi....baru habis meeting tadi....see u ya...

Aug 30, 2010

Opening Now!

Opening Now! Poise Ladies Boutique.....Visit us @ http://poiseventure.blogspot.com.



Aug 10, 2010

POISE ~Opening soon....~

We will be open up our ladies boutique @ putra walk, Seri Kembangan.







Sabar itu sebahagian daripada iman!

Sabar...mmg tengah bersabar sekarang ni...kadang2 tak faham dengan sesetengah manusia ni...suka menyalahkan orang lain dan bila bercakap tak fikir orang lain....seolah2 diri tu baik sangat dan bagus sangat......tunjuk bagus sangat depan orang...dan sungguh tidak profesional bila bekerja...terlalu emosional....apa2 pun manusia macam ni mmg ada di mana-mana.....tak apalah....bak kata orang kalau kita layan orang gila..kita jadi gila... dan kalau kita layan orang bodoh kita jadi bodoh....so kesimpulannya, buat hal sendiri, keje sendiri.....daripada melayan orang macam ni baik aku layan kedai baru aku nih..hehhe...bye....

Jul 30, 2010

Catatan seminggu!!

Rasanya tak pernah lagi rasa sepenat minggu ni....Dari Isnin ke Jumaat jadual penuh dengan meeting, persidangan n macam2 lagi.....Senang cerita satu kerja tak sempat nak buat kt ofis. Start jer hari Isnin dah ada meeting yg kena pergi....kalau start pagi confirm habis tghari.....
Hari Selasa pulak aku menghadiri persidangan CIO sektor awam 2010 selama satu hari.Persidangan CIO Sektor Awam merupakan satu persidangan tahunan anjuran MAMPU sejak tahun 2000. Melalui persidangan ini, para CIO Sektor Awam dapat berkumpul, bertukar-tukar idea serta menjalin kerjasama strategik di antara mereka di samping meningkatkan pengetahuan dalam teknologi, cabaran dan peluang ICT terkini. Di sinilah semua CIO sektor berjumpa dan dapat info terkini berkaitan teknologi maklumat. Seingat aku, ini ada adalah kali kedua aku menghadiri persidangan CIO. Pada tahun ini, dengan tema ”ICT Innovations Accelerate Economic Growth” sebanyak 12 kertas pembentangan berkaitan inovasi ICT akan disampaikan oleh pakar ICT tempatan dan antarabangsa. Skop persidangan kini diperluaskan dengan penglibatan peserta daripada Sektor Industri (GLC, NGO dan Swasta) dengan kerjasama daripada Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) dan Gabungan Komputer Nasional Malaysia (MNCC). Persidangan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan,Ketua Setiausaha Negara.

Keesokan harinya pulak aku menghadiri Bengkel Pemantapan Laman Web di Grand Bluewave Hotel Shah Alam anjuran Pusat ICT Selangor selama sehari dan membincangkan berkaitan berkaitan penilaian web oleh MDEC selain berkongsi maklumat terkini. Pada tahun lepas MPKj telah berjaya memperolehi 4 bintang dan menduduki ranking yang ke 20 antara agensi sektor awam di M'sia. Tak sia2 lah usaha kami di ICT selama ni. So target 4 dis year untuk mendapatkan 5 bintang.

Hari2 seterusnya meeting dari pagi sampai petang tanpa henti...hehehehe........so , jadilah minggu ni adalah minggu yg paling memenatkan. Kerja di ofis tetap menanti. SKT 2010 perlu dicapai mengikut jadual yang ditetapkan diawal tahun. Lepas ni kena pikir pasal penyediaan bajet 2011 dan 2012 pulak....ishh..ish....banyak jugak kerja nih....saper ckp keje gomen ni goyang kaki.....mungkin lain tempat lain lah kot....nasib baik ada anak2 buah (staf) seramai 8 orang di Bhg ICT yang banyak memberikan kerjasama....Okaylah....stop dulu.....mata dah mengantuk sbb teman hubby cat kedai......byeeeeeeeeeeee...

Jul 22, 2010

pening..tension...malas......!!

Pening...tension.....malas...semuanya ada....Hari ni mmg tak boleh fokus nak buat keje..Ada saja yang tak kena....n tak tau nak start yang mana satu sebenarnya.. atas meja berselerak dengan fail, surat menyurat dan segala nota2 INGATAN kerja-kerja yang masih pending....aduhhh.....kepala pusing...masih bertimbun fail2 yang perlu dibereskan....deretan tarikh2 meeting yang perlu dihadiri...berderet2 dalam seminggu.....belum cerita tension dalam meeting lagi....alamatnya makin bertambah lah fail dan surat atas meja yang nenambah koleksi dalam seminggu....meja ni mmg tak pernah kemas..baru kemas hari nih..esok dah penuh dengan surat mesyurat yang perlu diminitkan...arghhhh.....byknyer benda dalam kepala nih.....terasa lambat pulak pukul 5 ptg...nak balikkkkkkkk..... mujurlah masalah internet yang agak tidak stabil di opis telah diselesaikan...fuhhh...kalau tidak....telefon asyik berbunyi..."internet tak okay ker....?...bila nak okay....?...."..... anyway, thanks kepada semua staf2 IT yang memberi kerjasama menyelesaikan setiap masalah.....okaylah......sambung kerja sikit lagik sebelum "putera kacak" (my hubbylah , siapa lagik..hehehe......) datang menjemput........tiba2 teringin nak g tgk wayang.....byeeeeeeeeeee..........