Pages


Apr 30, 2010

Pecah rumah!!


Seawal pagi tadi aku dikejutkan dengan berita pecah rumah jiran. Kebetulan pagi tadi nak keluar pergi kerja, jiran di sebelah rumah memaklumkan ada kejadian pecah rumah malam tadi di kawasan rumah kami. Tuan rumah kebetulan tak ada di rumah dan pagi tadi kejadian hanya disedari oleh jiran. Rumah dibiarkan terbuka seluas2nya dengan lampu semuanya terpasang. Pencuri tu tak dapat nak masuk melalui pintu pagar tapi masuk melalui lubang sampah. Pintu rumah tak tau lah mcmmana dia bukak..Ada alat la kot...ishh..mcm2 lah sekarang nih. Pencuri ni mesti dah tau mana rumah yang selalu kosong (x ada orng) atau ada. Sebelum ni, rasanya last week, my hubby ada beritahu yang sebelum ni dia nampak ada sorang mamat ni naik motor duduk lama kat bawah pokok berdepan dengan rumah kitaorg. Bukan tuduhan ,hanya anggapan saja. Apa2 pun lepas ni kena sentiasa berhati2. Risau jugak, sebab kalau hubby tak ada kat rumah, pencuri ingat tak ada orang , then cuba masuk rumah plak kan....Lepas2 ni cuma make sure semua pintu pagar, pintu dikunci. Byee....

Apr 27, 2010

Cari makan di Restoran Warisan



"Cari makan di Restoran Warisan"....sebenarnya idea nak pergi ke Restoran Warisan ni dapat lepas tengok Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di TV3 ahad lepas.Mungkin nampak berselera bila tengok pengacara JJCM Serina makan, teringin pulak nak ke sana mencuba makanan. Lebih-lebih lagi ada menu masakan kampung Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api daging salai, ayam kampung dan macam-macam lagi msakan NS. Kebetulan, my hubby memang peminat masakan daging salai. Kalau balik kampung mmg tak pandang makan lain dah. Restoran Warisan ni terletak di Pusat Kraf (Perkampungan Budaya Terachi)Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Kajang lebih kurang 1 jam perjalanan. Lepas tol ikut jalan ke Kuala Pilah. Jalan ke Kuala Pilah pon dah senang, tak perlu nak lalu Bukit Putus lagi. Restoren ni senang nak cari sebab ada papan tanda besar beberapa kilometer sebelum nak sampai. Sebelum sampai, korang akan jumpa Ulu Bendul dulu. Kalau dari KL restoran ni sebelah kiri tepi jalan jer. Dah sampai....



Papan tanda Restoran Warisan





Restoran Warisan


Sampai je kat sini, korang akan dihiburkan dengan irama cak lempung (agaknyer lah kot....)...dikelilingi sawah padi..mmg cantik.....sejuk jer pemandangan. Tibalah masa nak order...baru je nak order daging salai, dah habis rupanya...sebab dari pagi tak putus-putus orang datang...so terpaksa lah order makanan lain. Ini adalah antara makanan yang di order. Rasa?...Sedap...Harga?...Boleh tahan. Sesuai dengan tempat yang agak eksklusif. Maybe next time boleh datang lagi.


Paprik



Kerabu Daging


Telur Bungkus



Apr 21, 2010

Ilmu blog


Ilmu blog ni luas rupanya. Ingatkan dah guna template yang disediakan dah boleh buat blog sendiri. Tapi masih ada lagi ilmu-ilmu yang kita masih tak tau, yang tidak ada di dalam template yang diberikan dan kita kena explore sendiri. Sebagai contoh masa aku nak tukar template blog ni, terpikir gak mcmmana nak gunakan template yang selain daripada yang disediakan oleh blogspot nih. Tgk org lain punyer blog cantik2 jer. So bermulalah pencarian mcmmana nak tukar. Carik punya carik terjumpalah blog ni (antara blog yang sempat di explore). Siap bagi web@blog khas untuk design2 terkini blog.

1. http://www.andiza.net/2009/06/panduan-tukar-template-blogspot.html
2. http://www.kongsiblog.org
3. http://godekblog.blogspot.com

Aku just belajar dari sini aje. Mmg amat2 membantu. Korang cubalah masuk blog2 tersebut dan cuba tutorial yang disediakan (yg dah pandai tuh abaikan yer..hehehe). Dan sampai sekarang aku masih mencari blog-blog tutorial mcm ni. Dan hasilnya aku dah berjaya mengubah design template blog aku ni dengan jayanya.

* buat sekian kalinya, barulah dapat masukkan counter dlm blog sendiri...:)*

Template blog telah berubah!!!


Kini, blog telah kembali dengan template yang baru! Macammana? Okay tak?.. Hanya sekadar percubaan untuk menukar template supaya tidak rasa bosan dengan template yang lama. Lagipun kalau dilihat pada tarikh terakhir posting, sudah agak lama tidak berblog. Malas, busy, x ada idea dan sebagainya mmg alasan yang amat kukuh....Rasanya dah almost 1 month aku tidak mengupdate blog ni. Bukan tak ada cerita @ aktiviti terbaru nak dituliskan tapi masa yang amat terhad untuk menulis membuatkan tergendala semua. Sebagai contoh, bulan Mac yang lepas aku telah mengikuti suami lawatan ke Lumut, Perak (bersama-sama Kumpulan Kompang Sungai Kantan). Memang best sbb dapat merehatkan kepala daripada kerja-kerja di office. Cuti seminggu..mmg best...hopefully aktiviti ni akan jadi acara tahunan. :)..okaylah...nak stop dulu......dah lama tak berblog rasa beku kejap otak... idea tak datang mencurah-curah lagi......