Pages


May 23, 2010

Kejohanan Bowling IT PBT Selangor


Kejohanan Bowling IT PBT Selangor telah diadakan berjayanya bertempat di Wangsa Bowl, Selayang Mall anjuran Bahagian Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Selayang. Kejohanan telah disertai oleh semua IT PBT di Selangor. Sekalung tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini yang julung kali diadakan. Kesemua pasukan telah menunjukkan semangat juang yang tinggi di samping dapat merapatkan lagi hubungan sesama IT di PBT Selangor. Tahniah kepada pasukan daripada MPKlang kerana telah menjuarai kejohanan pada pada kali ini. Dan tahniah juga kepada wakil daripada IT MPKj (Zikri) kerana telah mendapat tempat ke-3 bagi individu lelaki. Di harap aktiviti2 seperti dapat diteruskan lagi bagi mengeratkan lagi hubungan.









May 5, 2010

Kenangan Budak-Budak zaman 70 & 80-an


Hi....post ni khas bagi korang yang melalui zaman budak-budak tahun 70 & 80an. Sebenarnya cerita ni teringat balik bila berborak2 dengan kawan di ofis. Cerita punya cerita terselit zaman budak-budak tahun dulu-dulu.Memang layan blues betul bila diingat-ingat...Rasa nak kembali zaman budak-budak yang mmg tak pernah pikir apa-apa...Kalau kita ingat balik, zaman kanak-kanak sekarang memang berbeza. Zaman dulu masa ada internet, nak cari bahan pon kena menapak pergi library. Sekarang?...Tekan jer keyboard tu...bersepah maklumat keluar. Facebook, Myspace, Friendster dan tah apa2 lagi tah memang dah jadi aktiviti harian. Kalau kita tanya diaorg pasal permainan yang kita main dulu rasa-rasa diaorang tau tak?...heheheh....rasanya tak banyak yang tau kot. Yerlah..dulu-dulu channel tv pon tak banyak, sekarang macam-macam ada.....so itu yang membuatkan diaorang tak keluar rumah.....internet...internet..internet....kadang-kadang rasa mcm life budak-budak zaman sekarang ni tak best macam zaman 80an dulu (aku rasa lah kan...)..okaylah cuma korang baca artikel kat bawah nih...sure korang senyum simpul-simpul bila baca..dan sesungguhnya aku memang rindu sangat saat-saat jadi budak-budak dulu....jom layannnnnnn...


KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1975-1987.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb.....

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa.......

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 Hengget je.

kite pegi kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family,ping- pong laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh....

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk.....

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah-tengah die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi...... .bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control....(yang ni betul....hehehe....)

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...(sekarang kalau tak ada handphone walau seminit macam tak bleh hidup jer..tido pon ada handphone kat telinga)

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak-bdak skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang-sembang dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu....Dimanaka h kita sekarang??? Yang penting kenangan tuh takkan aku lupakan sampai bila-bila...