Pages


Jun 7, 2010

Jemputan Kahwin dan Bagan Lalang

Minggu ni dah mula dapat jemputan-jemputan kahwin dari kawan-kawan dan saudara mara. Tak tau mana satu nak pergi. Semuanya serentak. Kalau jemputan yang serentak ni, jemputan yang dekat jadi keutamaan. Bercerita berkaitan jemputan kahwin ni, Sabtu dan Ahad yang lepas aku menghadiri beberapa jemputan kahwin. Adalah lebih kurang 5 jemputan kahwin. Agak penat tapi untuk tidak menghampakan tuan rumah yang menjemput, datang jugaklah walaupun sekejap. :). Kalau kita datang kenduri kahwin sekarang, memang dah menjadi trend bekalkan tetamu dengan Door Gift. Kalau dulu, bagi bunga telur jer. Sekarang dah pelbagai, sabun, kuih, kipas, tuala, cupcakes, coklat dan sebagainya. Ada juga yang memberi 'goody bag' dan di isi dengan pelbagai barang. Kalau diikutkan,kos sebiji cupcake atau mufin, 80 sen hingga RM1 sudah jauh melebihi harga sebiji telur 30 atau 35 sen. ‘Goody bag’, menjangkau RM5 untuk satu. Ada juga yang boleh didapati dengan harga RM1.50 setiap satu. Belum dikira kalau ada beg yang ditempah khas. Jika seribu??? Untuk mereka yang berbajet tinggi, tidak menjadi masalah..Tetapi untuk yang berbajet rendah@ sederhana? Makin bertambahlah bajet untuk kenduri kahwin.

Sebenarnya alasan untuk tidak memberi bunga telur adalah kerana telur dan bekas telur mahal, telur yang direbus mungkin tidak tahan lama dan mudah pecah. Pemberian telur juga dikatakan tidak trendy ataupun ‘up-to-date’. Apa-apa pun, nak tak nak, trend ini kita akan ikut juga trend selari dengan perkembangan semasa. Terpulanglah kepada pasangan pengantin sama ada untuk mengikut arus perkembangan semasa @ meneruskan tradisi nenek moyang kita. Tiada sebarang paksaan asalkan memori indah perkahwinan itu akan diingati buat selamanya-lamanya. Pernah pada masa menguruskan majlis perkahwinan aku tahun lepas, emak merungut " lepas ni kalau kahwin jiela beli bunga telur jer lah..tak payah nak pikir beli beg"...Rasa-rasanya 15 tahun akan datang,adakah trend pemberian door gift ni masih diteruskan?..Just wait n c....:). Tak berani untuk meramalkan apa yang akan terjadi di masa akan datang.

Lepas menghadiri kenduri kahwin Ahad lepas, aku dan hubby pergi melencong ke Bagan Lalang. Teringin nak makan ikan bakar dah lama dah. Baru semalam dapat makan. Gambar tak sempat nak ambil, dah lapar sangat. . Paling best semalam ada sepasang pengantin yang masih berpakaian pengantin (baju melayu dan kebaya) bersama kawan2 makan bersama ikan bakar....amboii.....lepas sanding terus makan ikan bakar yee...ehheheBest.. Apa2 pun,mmg best...makan sampai tak ingat dunia..dan tak tengok orang keliling...dan akibatnya, sampai rumah terus terlena sampai ke pagi :).......

* Kepada semua pengantin baru dan yang 'ala2 pengantin baru', SELAMAT PENGANTIN BARU dan selamat menempuh alam baru yang tak mungkin kita dapat masa di alam bercinta.

No comments: