Pages


Jul 30, 2010

Catatan seminggu!!

Rasanya tak pernah lagi rasa sepenat minggu ni....Dari Isnin ke Jumaat jadual penuh dengan meeting, persidangan n macam2 lagi.....Senang cerita satu kerja tak sempat nak buat kt ofis. Start jer hari Isnin dah ada meeting yg kena pergi....kalau start pagi confirm habis tghari.....
Hari Selasa pulak aku menghadiri persidangan CIO sektor awam 2010 selama satu hari.Persidangan CIO Sektor Awam merupakan satu persidangan tahunan anjuran MAMPU sejak tahun 2000. Melalui persidangan ini, para CIO Sektor Awam dapat berkumpul, bertukar-tukar idea serta menjalin kerjasama strategik di antara mereka di samping meningkatkan pengetahuan dalam teknologi, cabaran dan peluang ICT terkini. Di sinilah semua CIO sektor berjumpa dan dapat info terkini berkaitan teknologi maklumat. Seingat aku, ini ada adalah kali kedua aku menghadiri persidangan CIO. Pada tahun ini, dengan tema ”ICT Innovations Accelerate Economic Growth” sebanyak 12 kertas pembentangan berkaitan inovasi ICT akan disampaikan oleh pakar ICT tempatan dan antarabangsa. Skop persidangan kini diperluaskan dengan penglibatan peserta daripada Sektor Industri (GLC, NGO dan Swasta) dengan kerjasama daripada Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) dan Gabungan Komputer Nasional Malaysia (MNCC). Persidangan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan,Ketua Setiausaha Negara.

Keesokan harinya pulak aku menghadiri Bengkel Pemantapan Laman Web di Grand Bluewave Hotel Shah Alam anjuran Pusat ICT Selangor selama sehari dan membincangkan berkaitan berkaitan penilaian web oleh MDEC selain berkongsi maklumat terkini. Pada tahun lepas MPKj telah berjaya memperolehi 4 bintang dan menduduki ranking yang ke 20 antara agensi sektor awam di M'sia. Tak sia2 lah usaha kami di ICT selama ni. So target 4 dis year untuk mendapatkan 5 bintang.

Hari2 seterusnya meeting dari pagi sampai petang tanpa henti...hehehehe........so , jadilah minggu ni adalah minggu yg paling memenatkan. Kerja di ofis tetap menanti. SKT 2010 perlu dicapai mengikut jadual yang ditetapkan diawal tahun. Lepas ni kena pikir pasal penyediaan bajet 2011 dan 2012 pulak....ishh..ish....banyak jugak kerja nih....saper ckp keje gomen ni goyang kaki.....mungkin lain tempat lain lah kot....nasib baik ada anak2 buah (staf) seramai 8 orang di Bhg ICT yang banyak memberikan kerjasama....Okaylah....stop dulu.....mata dah mengantuk sbb teman hubby cat kedai......byeeeeeeeeeeee...

No comments: