Pages


Oct 29, 2010

Sudah lama tidak berblog!!

Salam semua. Kalau dilihat pada tarikh terakhir menulis blog ni mmg dah lama raanya tidak berblog. Almaklumlah, teramatlah sibuknya dengan tugas2 harian di pejabat, di kedai, di rumah dan sebagainyalah. Tapi kata orang, kerja di office tu sampai bila2 takkan habis. Sentiasa ada. Lagi2 dihujung2 tahun ni. Banyak lah kerja yang perlu diselesaikan untuk mencapai SKT. Lagipon baru2 ni aku amatlah sibuk dengan persediaan bajet 2011. Cuba membayangkan macammana agaknya buat bajet yang besar (Malaysia), buat bajet utk office pon dah pening kepala. Tapi itu adalah pengalaman yang paling berharga sbb kena buat analisis thn2 lepas utk buat bajet thn2 selepasnya. Alhamdulillah, dah selesai pon. :). Hari ni baru rasa lega sikit kepala sebab tak ada meeting yang perlu dihadiri.. Tapi ada appointment lah plak....Sambil2 tuh boleh buat preparation untuk PTK next week. Tak tau macammana konsep dia lagi. Harap2 okaylah. Kalau ada rezeki tak ke mana walau macammana pun orang sekat rezeki tu kan. Hanya menunggu dengan penuh sabar. :).
Dalam sebulan ni macam2 berlaku. pada 9/10/10 yang lepas, rumah yg kami duduk dimasuki pencuri. Menggigil jugak bila tengok barang2 berselerak dalam bilik. Pintu belakang semua terbukak luas kecuali pintu depan. Masa tu baru balik dari kedai. Yang kelakar tu siap minum air. Habis air dalam peti ais diminum. Penat sangat agaknya menyelongkar barang2 kt rumah tu. Alhamdulillah, dia cuma masuk masa org tak ada bukan masa org ada. Sekarang dah macam2 berita, bukan setakat merompak tapi buat kerja lain ( sendiri mau ingatlah)......Okaylah.....cuma ambil masa sikit ajer untuk menulis blog yang dah sebulan ditinggalkan. Nanti orang cakap x ada kerja pulak kan..ehhehe....ready 4 PTK....PTK....PTK....PTK.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

No comments: