Pages


Jan 29, 2010

Jumaat yang dinantikan!!!

Jam dah pukul 6.30ptg.....still waiting for my hubby...penat, boring dan seangkatan dengannya....sambil2 tu layan lagu-lagu indon, layan facebook n layan blog...blog pon dah lama x update.....sibuk...x sempat nak bukak dan tak sempat jugak nak baca blog kwn2.......minggu ni mmg memenatkan...kerja yang tak pernah2 nak habis.....dengan melayan user yang banyak karenah.... sesekali teringin nak bercuti panjang...tapi masa masih belum mengizinkan.....Hari ni plak Jumaat, so....esok mmg nak rest sepuas2nya kat rumah.......kalau boring2 tuh kami (dgn hubby lah)...jln2 pusing2 KL mlm2 pastu g carik CD kat Uptown.....tapi mlm ni tak tau lagi....kalau x melepak tgk cd...tgk wayang lah......maklumlah..masih mood bulan madu.....:)....

Jan 19, 2010

Cara menangani stress

Stress.....cukup sinonim dgn kehidupan kita. Tak kira tua, muda, kaya, miskin...semestinya kita akan berhadapan dengan stress. Stress pula ada bermacam....stress di tempat kerja, masalah keluarga, masalah percintaan dan sebagainya. Tapi bagaimana untuk kita menangani stress?....jom kita tgk petua mcmmana untuk kita menangani stress...

1. Senyum .
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

2. Bersendirian.
Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. ... Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

3. Bertenang.
Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

4. Berbuat baiklah pada insan.
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..

5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.
Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

6. Peluk.
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

7. Lavender.
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

8. Kasih sayang.
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

9. Allah.
Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

10. Ceria.
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..


p/s:...sekarang ni mmg tgh stress dgn keje sbb ada yang tidak profesional langsung bila bekerja.....huhuuh....

Jan 16, 2010

My wedding day

Rasanya tak terlambat lagi nak cerita pasal my wedding day....dah masuk 2010 dah...apa2 pun aku telah selamat diijabkabulkan pada 4 Julai 2009 bersama insan tersayang.....apa2 pun jom layan gambar2 kawin aku nih......












Jan 15, 2010

Selamat Tahun Baru 2010!

Salam sejahtera semua. Diam tak diam, tahun 2010 telah menjelma. Rasanya baru semalam berada di dalam tahun 2009. Banyak kenangan telah kita lalui sepanjang 2009. Suka, duka…semuanya menjadi teman kita selama 12 bulan ini. Seperti aku, tahun 2009 merupakan tahun yang penuh kenangan yang terus terpahat di minda . Benar kata orang, semakin banyak dugaan dan cabaran yang kita tempuhi semakin banyak pengalaman hidup yang dapat kita kutip. Tahun 2009 telah menyaksikan aku telah bergelar seorang ISTERI!….Akhirnya aku telah selamat bergelar isteri….tahun 2010 pula, aku mengharapkan agar status aku semakin bertambah…...untuk bergelar seorang ibu…..harap-harap impian itu akan menjadi kenyataan pada tahun 2010 ini. Impian aku juga pada tahun 2010 ini agar kehidupan kami suami isteri sentiasa ceria, happy dan dapat mengembangkan lagi karier kami. Semoga tahun 2010 menjanjikan sesuatu yang luar biasa buat aku dan keluarga. Selamat tahun baru kepada semua.