Pages


Jan 5, 2011

Piala AFF Suzuki ~Hadiah Berharga Tahun 2010

Belum terlewat rasanya nak mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan bolasepak negara di atas kejayaan menjulang menjulang piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara,Piala AFF Suzuki .Kejayaan pasukan bolasepak ini masih hangat diperkatakan di dada-dada akhbar, media elektronik dan di meja-meja kopi. Kejayaan ini secara tidak langsung bukan sahaja menjulang nama Malaysia bahkan pemain-pemain juga terkena tempiasnya. Nama-nama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat dan jurulatih K.Rajagobal mula meniti di bibir peminat. Belum cerita dapat habuan daripada negeri masing-masing lagi. Memang berubah cara hidup mereka selepas ini. Cuma ada satu je nasihat kepada semua pemain, JANGAN TERLALU LEKA. Masih banyak perjuangan yang perlu diselesaikan terutama menjelang Olimpik di Londan 2012. Tertarik dengan dengan satu komen Awie Wings dalam murai.com.my: "Harapan saya selepas ini para pemain tak akan poyo atau nak mengejar glamor. Lupakan niat nak kahwin dengan artis tapi kalau dah jodoh tak boleh buat apalah". Memang komen yang bernas dan ada benarnya. Lepas ni ada lah sesi fotografi dalam mana-mana majalah hiburan antara artis dengan pemain bola lepas tu bercinta.....harap2 pemain kali ni tak ada yang terjebak bagi mengelak persepsi yang tidak elok. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

No comments: