Pages


Aug 20, 2008

Coretan percutian........

Tgh berposing sbb x jadi mandi...panas terik
Sedang menjamu selera dengan family

Minggu lepas aku n family telah pun pergi bercuti ke Terengganu sempena cuti sekolah.....selain pergi melawat adik di sana, sempatlah jugak pergi ke Cherating....cuma 20 minit dari rumah adik........dah lama tak bercuti rasa cam seronok plak........dan dah lama jugak tak mandi laut.....cuti sekolah yang lepas x berpeluang sebab masuk hospital........banyaknyer bas2 sekolah dan persiaran kat cherating ni..maklumlah...cuti sekolah ni lah masa untuk bercuti....dalam seronok2 sampai di Cherating ni, tiba2 terpandang tandas awam yang di sediakan.....sedihnyer tgk keadaan tandas awam tuh......kotor dan rasanyer tak sanggup nak masuk.....n nampak seorang pelancong berbangsa cina yang terpaksa menekup mulut dan hidung kerana bau dan keadaan yang amat tidak menyenangkan......sepatutnyer tempat2 awam di tempat2 pelancongan ni perlulah berada di dalam keadaan yang bersih..barulah pelancong luar dan dalam negara rasa selesa walaupun tak semua tempat pelancongan mempunyai keadaan tandas yang kotor. Siapa yang bertanggungjawab....tepuk dada tanya selera...... dan ini ada lagi satu perkara yang pada aku cukup menarik untuk dikongsi.......semasa kami sekeluarga tengah sibuk menjamu selesa di tepi pantai Cherating..tiba2 terpandang satu bendera negara New Zealand kalau tak silap aku.......di gantung di atas pokok tempat kami berteduh




......heran jugak....tiba2 ada bendera negara lain megah berkibar di tempat kami berteduh.......ramai yang pelik bendera negara lain ada di situ.....rupa2nya..bendera itu adalah kepunyaan salah seorang peniaga gelang di situ yang berbangsa New Zealand dan isterinya berbangsa Jepun......apa yang boleh di katakan di sini ialah betapa lelaki tersebut berbanggga dengan negaranya walaupun dia jauh beribu batu dengan negaranya dan bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke -51 ni.....berbanggalah kita dengan negara kita sendiri MALAYSIA yang aman dan damai walau di mana kita berada.......

No comments: